Tuesday 6 March 2012

TPM YAKIN JOHOR AKAN TERUS JADI "TIANG SERI" UMNO/BN


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau yakin Johor akan terus mengekalkan kedudukannya sebagai "tiang seri" Umno dan kubu kuat Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang walaupun berhadapan dengan cabaran pembangkang.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno berkata sentimen pengundi di Johor terhadap BN pada ketika ini sentiasa positif.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis jalinan mesra rakyat dan perasmian bangunan Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya di Bandar Indrapura di sini yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Sebelum itu, Muhyiddin yang dalam rangka lawatan sehari ke Johor, menghadiri mesyuarat tertutup dengan pemimpin Umno dan BN Johor.

-- SUMBER BERNAMA ONLINE


MENGKABANG ;-

Ini adalah satu sanjungan TS Muhyiddin kepada Johor, namun jgn kerana dek sanjungan tersebut membuatkan BN Johor leka diulit mimpin. Ini kerana Pembangkang sedang giat mengatur strategi dan mencanang strategi bagi menawan Johor. MB Dato Ghani bersama kepimpinan BN johor seharusnya lebih bekerja keras seolah2 PRU 13 akan menjelang esok. Jgn kita leka kepada kemenangan yg telah dikecapi.

Nasib tidak selalu menyebelahi kita, Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yg tahu.. Ini semua adalah pepatah yg tidak boleh dipandang enteng. TIANG SERI UMNO perlu dipertahankan pd PRU akan datang.

Ayuh bangun BANGSA ku.. Maju dan terus maju..

UMNO Dulu, Kini dan Selamanya.....

No comments:

Post a Comment