Sunday 18 March 2012

Tan Sri Kadir Letak Jawatan

KENYATAAN AKHBAR OLEH
TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA
ABDUL KADIR BIN HJ SHEIKH FADZIR
TIMBALAN PRESIDEN
ANGKATAN AMANAH MERDEKA (AMANAH)
DIBUAT DI KUALA LUMPUR
PADA ISNIN 19 MAC 2012
Saya mula menjadi ahli UMNO dan memegang jawatan dalam UMNO sejak tahun 1956 sehingga sekarang --- selama 56 tahun. Saya pernah menjadi Exco Pemuda UMNO selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO selama 24 tahun disamping jawatan-jawatan lain seperti Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah dan sebagainya.
2. Saya juga menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri.
3. Pada minggu sudah saya telah meletakkan jawatan selaku Bendahari UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu --- jawatan yang akhir dalam UMNO yang saya menjawat.
4. Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong UMNO Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli UMNO Malaysia mulai hari ini.
Terima Kasih.
(ABDUL KADIR B. HJ SHEIKH FADZIR)

No comments:

Post a Comment