Tuesday 27 March 2012

Dia Sawan....



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON 95 tidak akan dinaikkan ketika ini.
 

Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.


 

"Belum lagi (kenaikan harga petrol RON 95), kita cuma dengar laporan daripada pihak Kementerian Kewangan mengenai defisit jika ada perubahan kepada subsidi-subsidi lain, bahan petroleum misalnya.
"Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion...apabila pertambahan subsidi sebanyak RM17 bilion, defisit kita menjadi semakin besar," katanya ketika mengulas kemungkinan harga minyak petrol RON95 bakal dinaikkan dalam masa terdekat.

Sebelum itu, Ismail Sabri melancarkan "Kempen Kurang Gula, Kurang Belanja" yang dianjurkan oleh d'Tandoor Food Industries Sdn Bhd di Menara Kuala Lumpur di sini, hari ini.




Ismail Sabri berkata, kenaikan harga petrol RON95 sudah dibincangkan ketika mesyuarat pasca-kabinet Rabu lepas, namun tiada keputusan dicapai berhubung perkara itu.

Beliau berkata, Kabinet diberi gambaran yang jelas mengenai kedudukan harga petrol itu dan kesan jangka panjang sekiranya kerajaan menaikkan harga pada masa depan jika krisis di negara pengeluar minyak berterusan.

"Kita akan tengok dan akan mempertimbangkan, tetapi kita tidak buat keputusan pada hari itu...kita akan kaji dan pertimbangkan," katanya.

Pada 4 Mei lalu, harga petrol RON97 naik 20 sen kepada RM2.90 seliter disebabkan kenaikan harga minyak mentah.

Pada 2 April, harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter ekoran krisis di Timur Tengah.

Bagaimanapun, kenaikan itu tidak membabitkan RON95 dan bahan api lain di negara ini. Petrol RON95 kekal pada harga RM1.90 seliter
 
 
MENGKABANG
 
Syabas dan tahniah MENGKABANG ucapkan kepada kepimpinan DS Najib kerana begitu  prihatian dengan masalah rakyat. Biar la mangkuk2 PKR menyalak cakap gula2 PRU ke, PAS cakap rasuah undia ke apa ke. Yg penting kerajaan pimpinan DS Najib menjalankan tugas yg diamanahkan rakyat. Lagi bagus abiskan duit negara yg ada utk kesejahteraan rakyat dari belanja utk caunter balik apa yg PR buat. Rakyat bijak menilai... Tau mana intan, mana kaca.. Biaq pi la mangkuk2 nak kata apa.. Semoga ALLAH memberkati segala usaha kepimpinan kerajaan DS Najib..

No comments:

Post a Comment