Tuesday 27 March 2012

Dia Sawan....



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON 95 tidak akan dinaikkan ketika ini.
 

Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.


 

"Belum lagi (kenaikan harga petrol RON 95), kita cuma dengar laporan daripada pihak Kementerian Kewangan mengenai defisit jika ada perubahan kepada subsidi-subsidi lain, bahan petroleum misalnya.
"Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion...apabila pertambahan subsidi sebanyak RM17 bilion, defisit kita menjadi semakin besar," katanya ketika mengulas kemungkinan harga minyak petrol RON95 bakal dinaikkan dalam masa terdekat.

Sebelum itu, Ismail Sabri melancarkan "Kempen Kurang Gula, Kurang Belanja" yang dianjurkan oleh d'Tandoor Food Industries Sdn Bhd di Menara Kuala Lumpur di sini, hari ini.




Ismail Sabri berkata, kenaikan harga petrol RON95 sudah dibincangkan ketika mesyuarat pasca-kabinet Rabu lepas, namun tiada keputusan dicapai berhubung perkara itu.

Beliau berkata, Kabinet diberi gambaran yang jelas mengenai kedudukan harga petrol itu dan kesan jangka panjang sekiranya kerajaan menaikkan harga pada masa depan jika krisis di negara pengeluar minyak berterusan.

"Kita akan tengok dan akan mempertimbangkan, tetapi kita tidak buat keputusan pada hari itu...kita akan kaji dan pertimbangkan," katanya.

Pada 4 Mei lalu, harga petrol RON97 naik 20 sen kepada RM2.90 seliter disebabkan kenaikan harga minyak mentah.

Pada 2 April, harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter ekoran krisis di Timur Tengah.

Bagaimanapun, kenaikan itu tidak membabitkan RON95 dan bahan api lain di negara ini. Petrol RON95 kekal pada harga RM1.90 seliter
 
 
MENGKABANG
 
Syabas dan tahniah MENGKABANG ucapkan kepada kepimpinan DS Najib kerana begitu  prihatian dengan masalah rakyat. Biar la mangkuk2 PKR menyalak cakap gula2 PRU ke, PAS cakap rasuah undia ke apa ke. Yg penting kerajaan pimpinan DS Najib menjalankan tugas yg diamanahkan rakyat. Lagi bagus abiskan duit negara yg ada utk kesejahteraan rakyat dari belanja utk caunter balik apa yg PR buat. Rakyat bijak menilai... Tau mana intan, mana kaca.. Biaq pi la mangkuk2 nak kata apa.. Semoga ALLAH memberkati segala usaha kepimpinan kerajaan DS Najib..

Monday 26 March 2012

Al Kisah Pengerang


Email diterima dari pengirim yang tidak mahu dikenali dan dipaparkan di sini kedua-duanya untuk kita menilai dan menafsir sendiri.

KISAH PENGERANG JOHOR DAN LYNAS PAHANG. APA KENA MENGENA ANTARA KEDUANYA ?

Daerah kecil Pengerang yang selama ini terkenal dengan makanan laut telah dikejutkan dengan beberapa isu ekoran dari keputusan kerajaan persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri Johor untuk membangunkan kawasan itu dengan pembinaan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas Loji yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri tidak berapa lama dahulu.

Projek yang di anggarkan bernilai hampir 60 billion itu, adalah merupakan salah satu dari program pembangunan di bawah Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang terbesar dan termoden di rantau ini. Perdana Menteri ketika menyampaikan amanatnya kepada 10,000 warga kampus sempena Majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa di Universiti Teknologi MARA baru-baru ini, juga mengatakan selain dari menjana pendapatan ekonomi negara ia antara lainnya, mampu menjana lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Setiausaha UMNO Bahagian Pengerang, Haji Ghazali Abas ketika di hubungi mengatakan majoriti penduduk mengalu-alukan projek pembangunan ini. Selain menjana pendapatan penduduk yang selama ini bergantung hidup dengan hasil tangkapan ikan dan pertanian ia juga dilihat mampu untuk memberikan kehidupan yang lebih selesa dan teratur kepada penduduk kampung yang terlibat.

"Ia merupakan satu rahmat kepada penduduk Pengerang dan kepada rakyat Johor secara keseluruhanya. Pembangkang dilihat cuba mengambil kesempatan di atas isu ini untuk mewujudkan sentimen kebencian di kalangan rakyat dengan mengaitkan pembangunan ini dengan isu Lynas di Pahang. Mereka juga turut mengaitkan projek dengan kesan radioaktif dan bakal menyebabkan lelah dan penyakit, khasnya kanak-kanak dan orang tua yang akan hilang imuniti secara perlahan-lahan dan sebagainya"

Ini kerana menurut beliau pembangunan ini bukanlah yang pertama kali ingin dilakukan oleh kerajaan. Sebelum ini negara telah mempunyai hub simpanan minyak di Terengganu, Melaka dan Johor. Malahan negara jiran seperti Singapura juga mempunyai hub simpanan minyak seperti ini katanya lagi ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan Naib Presiden Keadilan merangkap Ketua PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng.

"Kalau betul projek ini bahaya, secara logiknya sudah tentu rakyat di negeri Terengganu, Melaka dan Johor telah tercemar dengan kesan radioaktif dan mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan tadi. Namun ini tidak berlaku. Oleh itu saya melihat kenyataan itu hanya merupakan sangkaan jahat untuk mengagalkan projek pembangunan ini" katanya lagi.

Menurut beliau lagi, baru-baru ini hampir 700 orang wakil kepimpinan dan NGO di kawasan Pengerang seperti persatuan belia, ketua-ketua blok dari kawasan Felda, wakil persatuan nelayan, penghulu mukim, ketua-ketua kampung, pertubuhan wanita dan sebagainya telah hadir untuk berhimpun secara aman bagi menyatakan sokongan penduduk terhadap pembangunan ini sekaligus menolak perhimpunan yang mereka adakan pada minggu lalu yang mana menurut beliau hanya dihadiri sekitar 200 orang.

Beliau juga mengulas kenyataan yang dibuat oleh Kasran Abdullah yang di siarkan oleh portal Malaysiakini, kononnya mewakili Jawatankuasa Bertindak Penduduk-penduduk Pengerang yang mengatakan hampir 96% penduduk kampung menolak projek ini. Beliau menolak dengan sekeras-kerasnya kenyataan itu dengan mengatakan ia tidak masuk akal sama sekali.

Ini kerana menurut beliau majoriti penduduk yang ditemui langsung tidak mengetahui atau dimaklumkan mengenai kajian yang kononnya dijalankan itu. Oleh yang demikian kenyataan itu tidak boleh diterima sama sekali. Hasil pemeriksaan yang dijalankan juga, mengatakan persatuan yang dikatakan itu juga adalah merupakan persatuan yang haram kerana tidak pernah berdaftar secara sah.

Penghulu Mukim Pantai Timur, Mohamad Khaidir Ismail ketika dihubungi juga memberikan maklumbalas yang senada dan hampir sama. Beliau menolak dakwaan yang mengatakan hampir 1600 tandatangan telah berjaya dikumpul sebagai tanda bantahan untuk menolak projek pembangunan ini.

"Mungkin ada beberapa isu yang berbangkit yang disuarakan oleh orang kampung, namun untuk mengatakan majoriti penduduk menolak tidak boleh diterima sama sekali" katanya lagi.

Beliau turut menegaskan, ada terbaca mengenai laporan berita dan rakaman perbualan yang dikeluarkan oleh portal yang sama berkenaan kesediaan penduduk kampung dan nelayan untuk berpindah sekiranya tawaran harga yang diberikan memuaskan. Kenyataan itu sekaligus menolak dakwaan majoriti penduduk menolak pembangunan.

Katanya lagi isu ini harus dilihat dari sudut yang lebih luas dan positif. Dengan kehadiran projek pembangunan ini ia sekaligus akan dapat mengurangkan isu kawasan Pengerang yang sering digunakan oleh pendatang asing tanpa izin sebagai laluan pintu keluar masuk dan aktiviti-aktiviti penyeludupan dan sebagainya.

Beberapa laporan polis juga telah dibuat oleh wakil-wakil kepimpinan kampung dan NGO sebagai tanda bantahan dan menolak pendekatan yang digunakan oleh pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan dan menghasut penduduk kampung semata-mata untuk meraih simpati bagi meraih undi, tegas beliau lagi.

Tuesday 20 March 2012

Orang Makan Orang

Sebuah daerah di Filipina mempunyai penduduk yang melakukan perkara yang jarang dilakukan oleh manusia normal iaitu mereka memakan mayat manusia yang telah mati.

Melihat kesemua gambar di dalam entri ini, mereka pada mulanya memotong pada bahagian-bahagian tertentu dan membuang organ-organ dalaman kerana kemungkinan ia telah busuk sebelum memasaknya. WTF!


http://speakerpecah.blogspot.com

http://speakerpecah.blogspot.com

http://speakerpecah.blogspot.com

http://speakerpecah.blogspot.com

http://speakerpecah.blogspot.com

http://speakerpecah.blogspot.com

http://speakerpecah.blogspot.com

http://speakerpecah.blogspot.com

http://speakerpecah.blogspot.com

http://speakerpecah.blogspot.com

Sunday 18 March 2012

Tan Sri Kadir Letak Jawatan

KENYATAAN AKHBAR OLEH
TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA
ABDUL KADIR BIN HJ SHEIKH FADZIR
TIMBALAN PRESIDEN
ANGKATAN AMANAH MERDEKA (AMANAH)
DIBUAT DI KUALA LUMPUR
PADA ISNIN 19 MAC 2012
Saya mula menjadi ahli UMNO dan memegang jawatan dalam UMNO sejak tahun 1956 sehingga sekarang --- selama 56 tahun. Saya pernah menjadi Exco Pemuda UMNO selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO selama 24 tahun disamping jawatan-jawatan lain seperti Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah dan sebagainya.
2. Saya juga menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri.
3. Pada minggu sudah saya telah meletakkan jawatan selaku Bendahari UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu --- jawatan yang akhir dalam UMNO yang saya menjawat.
4. Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong UMNO Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli UMNO Malaysia mulai hari ini.
Terima Kasih.
(ABDUL KADIR B. HJ SHEIKH FADZIR)

INGATAN Almarhum Ust Fadzil Nor



Sakit kepala bila memikirkan perjuangan Pas dulu & sekarang.

Pas hari ini menyatakan pendirian bahawa parti itu menyokong mana-mana pihak termasuk umat Islam mengadakan kerjasama serta hubungan dengan Yahudi.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pendirian itu dibuat selaras dengan prinsip yang dipegang parti itu mengenai kerjasama dengan orang bukan Islam dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan perdagangan.

Bagaimanapun katanya, kerjasama dan hubungan dengan Yahudi itu hanya terbatas kepada bangsa itu yang tidak berpegang kepada ideologi Zionis.

“Yahudi adalah satu bangsa manakala Zionis adalah satu ideologi. Kita menolak Zionis kerana ia satu ideologi yang meletakkan kefahaman bahawa bangsa Yahudi adalah mulia dan menganggap bangsa lain adalah ‘goyim’ atau hina.

Maka, kita (Pas) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bangsa Yahudi, tetapi bukan bangsa Yahudi yang berpegang kepada ideologi Zionis,” katanya pada sesi soal jawab dalam majlis Makan Malam Bersama Pemimpin anjuran Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP) di sini semalam.
MENGKABANG ;-
Ni bukan MENGKABANG cakap, Almarhum Ust Fadzil Nor yg nasihatkan kepada penyokong PAS. MENGKABANG memang kagum dengan kepimpinan Ust Fadzil Nor. Gaya kepimpinan yg humble. Tak macam pemimpin PAS yg ada masa sekarang. Mudah mudahan ahli PAS mengambil iktibar dan pedoman dari nasihat Almarhum Ust Fadzil Nor..

PRU 13 ; BN Masih Berkuasa

PRU-13 diambang pintu. Ramai yang meneka-neka apakah keputusannya? apakah BN masih berkuasa ataukah PR yang mahu mencuba merampas kerajaan akan diberi mandat?

Keputusan PRU-12 walaupun hanya menjadi rujukan; dimana BN kehilangan kuasa 2/3; namun ianya boleh menjadi iktibar.

Setiap pilihanraya berlainan suasana, berlainan mode, berlainan isu. Demikian juga pada PRU-13, suasana yang berbeza dengan PRU-12.

Mengenai parti mana yang akan menang; tergantung kepada siapa yang bercakap. Namun, pendapat yang mempunyai merit adalah pendapat mereka yang berada di atas pagar.

Pada PRU-13, dianggarkan kira2 2 juta pengundi baru akan ikut merancakkan pilihanraya. Parti mana sahaja yang mereka sokong akan menentukan keputusan pilihanraya.

Ramai penganalisis menganggarkan "swing" 10% pengundi atas pagar ini akan menentukan keputusan.

Melihat undi popular BN pada PRU2 lalu; PRU-1995-BN mendapat 65%, 1999-57%; 2004-64% dan tahun 2008-51%.

Tahun 2008-undi popular BN menjunam 13% berbanding tahun 1995. Pada PRU itu Pembangkang mendapat 83 kerusi berbanding BN 139 daripada 222 jumlah kerusi parlimen.

Daripada 139 kerusi yang dimenangi BN, 55 daripada Sabah, Sarawak dan Labuan; manakala 81 kerusi PR semuanya daripada semenjanung dan masing2 1 daripada Sabah dan Sarawak.

Bagi kerusi PR, 54 daripada 83-hanya dimenangi dengan majoriti kurang 10%; apabila berlaku "swing" 10%, maka PR hanya mungkin menang 29 kerusi.

Di pihak BN pula, daripada 139 kerusi, 56 kerusi dimenangi dengan majoriti kurang 10%, jika berlaku "swing" pengundi 10%; maka berimpak besar kepada BN.

Berasaskan keputusan PRU-12, maka terdapat 110 kerusi yang ditentukan oleh "swing votes"; kemenangan mudah memerlukan 112 kerusi.

Jika melihat keputusan PRU-12, kerusi2 yang dimenangi PR 82% memperlihatkan trend pengundian yang terbagi antara melayu dan bukan melayu. PR menang kerana mendapat 50% undi melayu; 90% undi india dan 70% undi cina.

Pada PRU-13, kemungkinan peratusan ini berubah di kawasan2 yang dimenangi PR itu. Menurut persepsi semasa; undi melayu kepada BN bertambah 5% kepada 55%, sementara india 50:50 antara BN dan PR, undi kaum cina pula meningkat kepada 80%.

Ini bermakna, sekurang-kurangnya 68 kerusi yang dimenangi PR pada PRU-12 lalu sudah tidak selamat. Manakala kerusi marjinal BN (56); akan terselamat kerana berubahan pola pengundian.

Berasaskan kepada trend ini, PR sukar mendapat semula kerusi yang dimenangi pada PRU-12, yakni 83. Adalah memadai mereka akan menang antara 40-46 kerusi, itupun disumbangkan oleh parti DAP dan sedikit daripada parti PAS. PKR adalah parti yang menyumbangkan kepada kekalahan teruk PR. walaupun kerusi tradisi seperti Permatang Pauh, mungkin masih dimenangi dan kawasan cina yang meletekan calon daripada kaum cina.

Walaupun PR mendapat undi popular 51% pada tahun 2008 di Semenanjung; namun kali ini; undi popular itu akan menjunam; sebaliknya undi popular parti itu di Sabah dan Sarawak mungkin meningkat.

Keputusan PRU-13 akan menyaksikan bahawa PR hanya mendapat antara 29-32 kerusi di Semenanjung, sementara di Sarawak 7-10, manakala Sabah 4.

Berasaskan kepada analsis ini, BN merupakan pemenang pada PRU-13 dengan mandat yang kuat daripada rakyat. Insyaallah..

Tun M Balun Nik Aziz





Friday 16 March 2012


                                               Mohamed Raffi Timb Presiden Kimma Johor


Mohamad Raffi ditemuramah wartawan

                                                      Bantahan oleh Kimma Johor

Kimma Johor mengutuk kerjasaama PRK dengan Anwar Ibrahim mendapat sokongan asing untuk memenangi PRU 13 akan datang. Kimma Johor turut meminta SPRM dan Polis menyiasat dakwaan Dato Mohd Zin Mohamed yg juga Koordinator BN Selangor yg mendakwa PKR menggunakan NGO yg ada hubung kait dgn Yahudi. Menurut Mohd Zin, PKR menjalin kerjasama dengan Konrad Adeneur Foundation (KAF)

KAF adalah pertubuhan Yahudi yg membantu golongan neokonsevatif Yahudi melalui jawatankuasa dikenali American Jewish Committe (ACJ) dan dipercayai menerima dana daripada National Endownment for Democracy (NED) yang didakwa turut mempunyai pertalian dengan Anwar.

21 Fakta PAS Bukan Parti Islam....????

Hari ini kita cuba menghuraikan sejarah perjuangan salah sebuah parti politik Islam di Malaysia!!?? Berhati-hatilah dengan mereka ini yang sudah lupa akan perjuagan asal penubuhan mereka!!?? Kalau tidak percaya suruhlah orang PAS menyatakan doktrin mereka dan sejauh manakah mereka sudah tersusur jauh dari landasan perjuangan sebenar!!?? Contoh pertama boleh dilihat melalui sesetengah jawatan yang sepatutnya tidak boleh dipegang melebihi 5 tahun namun apa sudah jadi?!!!

Kredit kepada rakan blogger otai Rajahmas untuk artikel dibawah?!!!

Tuesday, March 13, 2012

21 fakta PAS bukan lagi parti Islam

Pada Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan hukum berikut.
Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram".
artikel asal oleh mindaaktif dan disunting semula oleh MENGKABANG
1) DULU… PAS kata: UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)
SEKARANG… PAS bekerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan raya ke-11 dan 12.

2) DULU… PAS kata: “Haram orang Islam memangkah calon kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.
SEKARANG… Dalam pilihan raya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di Pulau Pinang.
3) DULU… PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”
SEKARANG… Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

4) DULU… PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau jadi TPM dahulu diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di Arab jaga unta, Badawi di Malaysia jaga Babi”
SEKARANG… Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.
5) DULU… PAS memperjuangkan Islam demi memartabatkan agama, bangsa dan negara seperti yang termaktub dalam slogan parti ketika itu.
SEKARANG… PAS mempergunakan Islam demi memartabatkan agama semua penyokong pakatan rakyat, menghapuskan bangsa bermakna ingin menyatukan budaya dan resam kaum serta tidak mengakui Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berdaulat.

6) DULU… Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”
SEKARANG… Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.
7) DULU… Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.
SEKARANG… Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

8) DULU… PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”
SEKARANG… PAS membuat kenyataan media Hudud bukan keutamaan perjuangan mereka dalam Pakatan Rakyat - klik sini
9) DULU… PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak berpegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.
SEKARANG… PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan Pakatan Rakyat tidak pernah sekalipun menyebut Islam sebagai dasar dalam perlembagaannya.

10) DULU… PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.
SEKARANG… Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki berkata, PAS tidak berhasrat untuk melaksanakan undang-undang hudud di negeri yang tidak mempunyai jumlah majoriti Melayu yang besar.
11) DULU… PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.
SEKARANG… PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia dan tokong Budha berdiri tertinggi di Asia Tenggara…menyamai ketinggian 12 tingkat bangunan.

12) DULU… PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.
SEKARANG… Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.
13) DULU... Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang-undang Islam memerintah.
SEKARANG.. PAS sudah memerintah Kelantan 21 tahun dan Kedah, Perak, Selangor sudah 3 tahun, peliknya mereka kata pula undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

14) DULU…PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit Negara
SEKARANG... PAS telah lesapkan 45juta duit koperasinya sendiri Ko-Hilal (ngko hilang?) termasuklah tabung bantuan Memali. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?
15) DULU… PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”
SEKARANG.. PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

16) DULU…PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”
SEKARANG.. PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS?
17) DULU…PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”
SEKARANG.. PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Kelantan, Perak, Selangor dan Kedah. Rumah pelacuran di Kota Bharu cuma 500m sahaja dari Pejabat Nik Aziz.

18) DULU…PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).
SEKARANG.. PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, pernah bergabung tenaga dengan Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

19) DULU…Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.
SEKARANG... PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.

20) DULU…PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh membatalkan akidah seorang Islam.
SEKARANG... PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

21) DULU…PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.
SEKARANG.. PAS halal sertai DAP, biarpun sedar hakikatnya DAP sekali-kali tidak akan menjadikan Islam sebagai dasar dalam kepimpinan Pakatan Rakyat.

KJ Tibai Nuar


Bila tengok video ni..barulah kita tahu bahawa memang Anwar penakut.... sabitlah tak mahu raja petra terlibat dengan debat bersama beliau dengan wikileaks.. rupanya memang tak pandai berdebat sangat si pengkhianat negara ning...

Nak debat konon dengan PM konon.... Dengan KJ pun tak lepas, Anwar dah tak lepas...

LAGI BUKTI ANWAR DIBIAYA NGO YAHUDI AMERIKA

NGO YAHUDI KAWAN BAIK ANWAR
Washington, DC – The following statement was issued today by Lorne Craner, President of the International Republican Institute, and Ken Wollack, President of the National Democratic Institute, regarding the arrest of Datuk Seri Anwar Ibrahim in Malaysia on July 16, 2008.
“The arrest of political leader Datuk Seri Anwar Ibrahim on July 16 is of great concern to us and the international community. A similar charge that was filed against him 10 years ago was ultimately overturned by the Supreme Court. The timing of the current charge is of particular concern given his re-emergence on the national political scene since the ban on his involvement in politics expired in April 2008. We hope that the investigation into the allegation is not used as a political tool to silence an outspoken government critic. It is essential that the investigation is conducted in a transparent and fair manner that upholds the rule of law, and affords Mr. Ibrahim full protection of his legal rights. We also urge the citizens of Malaysia to remain calm and pursue resolution of their concerns over his arrest in a peaceful manner.”
Released July 16, 2008

Anwar Minta Tolong Yahudi Zionis



Memang anwar seorang barua yahudi zionis yang supply perempuan islam untuk ditiduri oleh sahabat baiknya Paul Wolfowitz, tidak pasti sama ada anwar test dulu perempuan tu sebelum di serahkan pada paul atau tidak, tetapi mengikut telahan det mungkin anwar telah test dulu pompuan tu se-round dua kut, kalau isteri azmin ali boleh dia gasak sampai bunting ini kan pula shaha ali riza, ape ada hal ye tak...

Anwar menjadi pengerusi kepada Foundation for The Future, mengikut sejarahnya foundation for the future ini adalah salah satu cabang NED (National Endowment for Democracy) NED adalah sebuah agensi separuh kerajaan yang didanai oleh Kongres AS dan beberapa individu yang berkiblatkan yahudi zionis, yang tujuannya adalah untuk menyokong dan mendokong organisasi di luar AS yang pro polisi luar negara dan segala polisi luar AS yang pro kepada yahudi zionis. Hal ini disebut secara terang dalam laman rasmi NED bahawa penubuhannya sejak 1980.

Saiapa yang tubuhkan NED ini? penubuhan NED sebenarnya ialah untuk menjadi organisasi muka hadapan CIA dalam mencampuri urusan negara lain. antara sayap-sayap NED ialah, National Democratic Institute, NDI, International Republican Institute, IRI, Foundation for The Future dan ada berberapa lagi ngo di malaysia yang mendapat dana terus dari NED. masihkah kita ingat perhimpunan BERSIH? pernah ke kita terfikir siapa yang memberikan mereka dana untuk membuat perhimpunan itu, mana mereka dapat duit untuk buat laman web? memanggil ribuan orang untuk berkumpul, memanggil media luar negara terutama cnn, bbc dan lain-lain media pro yahudi zionis, apa ingat hebat sangat ke perhimpunan BERSIH tu sampai mendapat liputan press dari luar, sebenarnya kesemua press itu mendapat jemputan melalui NED mereka datang untuk memberi liputan terbaik untuk barua mereka yang bernama anwar ibrahim.
 
By Selangor Ehsan Tody

1 Jun.. Tarikh PRU

Kerajaan Pusat sedang mempertimbangkan kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei atau Jun ini, lapor Bloomberg hari ini.

Dengan memetik empat sumber yang tidak mahu namanya didedahkan, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bercakap di hadapan sekitar 4,000 orang kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, khususnya dari Jabatan Penerangan, yang akan membantu menyelia perjalanan pilihan raya yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Salah satu tarikh yang disyorkan ialah 3 Jun, demikian menurut tiga pegawai dipetik laporan portal Bloomberg."Kesemua petanda menuju ke arah pilihan raya pada akhir Mei atau awal Jun ini," kata Ong Kian Ming, penganalisis politik dari UCSI."Ia adalah masa yang sesuai bagi Najib," katanya.

Kian Ming juga berkata, "jika beliau menunggu lebih lama, skandal-skandal lain akan muncul. "Sehubungan itu katanya, jika keadaan sedemikian wujud, ia sudah pasti akan menjejaskan segala 'suasana mesra' BN yang wujud sekarang, yang antara lain disumbangkan oleh pengagihan bantuan dijanjikan dalam Bajet 2012.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian Online awal minggu ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada pandangan beliau tempoh yang sesuai yang ada sebelum sesi Parlimen Julai ini ialah dua minggu pertama Mei dan dua minggu kedua Jun.

Penemuan kajian Merdeka Center yang dikeluarkan minggu lalu menyebut populariti Najib telah mengalami peningkatan semula berbanding kedudukan Ogos lalu.

Kajian terbaru firma itu menunjukkan kadar populariti beliau meningkat kepada 69 peratus berbanding 59 peratus Ogos lalu, selepas ia mengalami penurunan jika dibandingkan dengan kedudukan tahun 2010.

Kajian Ogos lalu dikendalikan kira-kira sebulan selepas Perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara. Sejak itu Najib mengumumkan beberapa pembaharuan sosiopolitik.

Populariti Najib, hasil kajian berkala Merdeka Center, telah menurun ke paras 59 peratus pada Ogos lalu selepas mencatat paras paling tinggi iaitu 72 peratus pada Mei 2010.

Populariti 69 peratus kali ini sama dengan paras yang direkodkan pada Mac 2010 iaitu 14 bulan selepas menjadi Perdana Menteri.

Pada Mei 2009, lebih sebulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri yang keenam, populariti Najib adalah sekitar 45 peratus. Di sebalik peningkatan populariti itu, Najib juga dilihat telah menyelesaikan dua isu besar iaitu skim gaji Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan projek Pusat Fidlot Kebangsaan

Tuesday 13 March 2012

BUKTI !! SIAPA YANG GUNA DUIT KERAJAAN NEGERI UNTUK ANAK PINAK ?!!


HEHE TU BUKAN ANAK PEMPUAN NIK AZIZ


NI CUCU NIK AZIZ..MODEL PUN MODEL LAH HAHAH KAUUUT !!



Disahkan oleh kickdefella sendiri





\

Sila perhatikan nota tulisan tangan dalam kotak
Soft launch Kel fist, Pn N.Amalina PMBK guest dan pengiring Datin Tuan Sabariah

Pada masa kejadian Ariffahmi menjawat jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO) di PMBK.

Dengan jawatan yang dipegangnya pada masa itu beliau tidak layak untuk mendapat kemudahan penerbangan kelas bisnes yang dibiayai oleh PMBK. Beliau hanya layak dapat tiket kelas ekonomi, manakala isterinya tidak layak mendapat apa-apa kemudahan.

By ;- AAKJ.COM

Monday 12 March 2012

MAT SABU BUKAN MAIN ANGKAT HASSAN NASRULLAH...TETAPI APA ORANG ARAB LIHAT PADA HASSAN NASRULLAH???


BUKAN MAIN TERUK MAT SABU ANGKAT KEHEBATAN HASSAN NASRALLAH...MACAM ADA APA-APA JER??? BAIK SEKARANG KITA TENGOK APA PULA PANDANGAN DUNIA ARAB KEPADA KEPALA SYIAH INI???


TERUKKAN HASSAN NASRALLAH KENA KRITIK? TERNYATA PERKATAAN HASSAN NASRALLAH ADALAH SATU SANDIWARA SEMATA-MATA....BAIK, MUNGKIN KALIAN TERTANYA-TANYA KENAPA DAN MENGAPA MAT SABU BEGITU MENGANGKAT HASSAN NASRALLAH...KALIAN NILAIKANLAH SENDIRI YE....













Bertaubatlah Rafizi!Jangan jadikan fitnah sebagai darah daging!

Kecerdikan disalahguna!

RAFIZI Ramli semakin ligat menabur fitnah dan kita tidak menyangka sama sekali bahawa dalam usianya yang begitu muda beliau dilihat begitu seronok dan bergembira merekayasakan berbaga-bagai fitnah dan selepas berjaya membunuh politik Shahrizat dengan persepsi yang beliau mainkan bersama kumpulan pemfitnahnya,beliau terus meneruskan serangan fitnah terhadap Perdana Menteri,Najib Razak.

Barangkali Rafizi juga mengharapkan Perdana Menteri akan melepaskan jawatan sebagaimana beliau berjaya membunuh politik Shahrizat Jalil dengan persepsi dan fitnahnya.

 Beliau bagaikan langsung tidak takut dengan dosa dan hanya kerana memikirkan kepentingan parti politik yang beliau dokong serta perjuangkan,beliau sudah tidak ada rasa sifat malu dan takut dengan segala dosa-dosa fitnah yang dilemparkan malah beliau dilihat semakin hari sudah menjadikan fitnah adalah makanan seharian yang menjadi darah dagingnya.

Kita perlu bersetuju dengan nasihat orang-orang tua dan mungkin juga nasihat dari ibu bapa kita bahawa apabila kita berkawan dengan pencuri,lambat laun kita juga akan menjadi pencuri,apabila kita berkawan atau bergaul rapat dengan kumpulan pemfitnah,kita juga akan menjadi pemfitnah yang sama dan apabila kita berkawan dengan peliwat lambat laun kita juga akan terdorong untuk turut sama meliwat ataupun diliwat.

Barangkali inilah yang sedang menimpa Rafizi kerana setelah sekian lama beliau bergelumang dengan orang-orang –orang yang suka memfitnah akhrinya beliau turut menjadi pemfitnah yang lagi hebat dari guru ataupun sifunya dan Rafizi cukup bijak menyusun dan menguruskan segala fitnahnya untuk rakyat melihat sebagai benar,tidak ada yang tidak benar kecuali yang benar belaka.

Sayang,sebagai anak muda yang mendapat pendidikan hingga keluar negara dan pernah disarungkan cincin oileh Anwar Ibrahim,Rafizi kembali ke Malaysia dengan bekalan ilmu-ilmu yang digunakan untuk memfitnah dan mengkacaubilaukan rakyat serta negara dan hari ini beliau bolehlah berbangga kerana fitnah dan persepsinya,dia telah menghumban keluar Shahrizat daripada kabinet.Jahat budak bernama Rafizi ni!

Adakah silibus fitnah merupakan salah satu mata pelajaran yang Rafizi ambil sewaktu mendapat pendidikan di luar Negara?Dan adakah seseorang itu hebat dan bijak mengatur fitnah akan mendapat tempat dalam mana-mana parti pembangkang di Negara ini?Adakah Rafizi tidak takut dengan balasan Allah di akhirat nanti hingga beliau tanpa rasa segan silu menunjukkan jari fitnah kepada musuh-musuh politiknya?Atau memang beliau merasa bangga dan hebat kerana berjaya menjadikan segala fitnhanya sebagai benar?Sebagaimana ketuanya begitulah Rafizi dan Rafizi dengan Anwar seperti aur dengan tebing,lengkap melengkapi.

Malangnya anak muda ini diheret dan membenarkan dirinya menjadi alat untuk segala kemungkaran dan kita menerima kalau perjuangannya sekiranya beliau benar serta tidak memfitnah tetapi setakat ini dan kebetulan dalam keadaan rakyat mami dan bingung,fitnah Rafizi menjadi benar.Barangkali Rafizi juga bangga walaupun beliau belajar hingga keluar negara tetapi beliau rela menjadi pencacai ataupun kuda tunggangan.

Ketika ini beliau sedang menyusun lagi fitnah untuk mengaibkan Perdana Menteri yang kononnya menggunakan wang rakyat bagi majlis pertunangan anak beliau dan beliau begitu bersungguh-sungguh hingga berjaya memperdayakan pengurusan Hotel Shangrila dan banggalah Rafizi menunjukkan surat tempahan hotel tersebut bagi majlis pertunangan itu.

Lepas ini kita cadangkan mana-mana pihak tidak perlulah menempah Hotel Shangrila kerana mereka ini turut sama bersekongkol dengan kumpulan pemfitnah Negara dan tidakl reti bezakan antara tempahan dan bayaran.Memang sahlah ada kalangan pengurusan hotel ini jahat juga hati budi mereka!

Rafizi menuduh tanpa rasa malu kononnya PM menggunakan wang rakyat seolah-olah PM Malaysia ini sengkek,seolah-olah PM Najib ini papa kedana hingga terpaksa menggunakan wang rakyat dan bila pejabat PM mengeluarkan kenyataan bahawa segala kenyataan Rafizi itu fitnah,Rafizi enggan menerima penjelasan panjang lebar itu dan terus menuduh PM Najib menggunakan wang rakyat.

Dan kita percaya Rafizi banyak lagi cerita-cerita fitnah yang sedang mereka reka malah sebagai Pengarah Strategik PKR,beliau menyedari bahawa kepimpinan UMNO dan kerajaan terlalu mudah dijatuhkan oleh fitnah-fitnah begini kerana kebetulan rakyat pula lebih suka menerima cerita fitnah daripada menyelidik kebenarannya dan Rafizi serta kumpulannya akan menghidang fitnah sebegini sebagai makanan utama rakyat negara ini.

Rafizi harus kembali ke jalan benar sekiranya beliau tidak mahu usia dan latar belakang pendidikannya menjadi sia-sia serta akal budinya menjadi rosak binasa,Rafizi harus bertaubat dan takut dengan Allah dan selagi Rafizi bersekongkol dan bersekang mata mengumpul segala fitnah,ingatlah seksa Allah sedang menanti!Bertaubatlah Rafizi sebelum fitnmah itu menjadi darah daging…!
 
 

Fatwa Pujangga


Jika ada orang kata Pas adalah parti ajaran sesat ...wah bukan main marah sipenyokong tegar pakatan rakyat. Mana taknya Timbalan Presiden Pas seorang yang asyik memaki hamun orang lain, kemudian tu penuh dengan masalah moral.
Terkini Pas telah bersiap sedia dengan banner yang boleh mengelirukan umat Islam iaitu"Undi Pas masuk Syurga". Pas sudah bersengkongkol dengan parti kafir harbi DAP bagaimana nak masuk syurga jika umat Islam menyokong parti kafir harbi.
Bersedialah Pas akan buat apa sahaja untuk memenangi tak kira parti pakatan rakyat samada DAP atau PKR. Bermacam-macam ftwa akan keluar dari pemimpin mereka menjelang PRU13 nanti.

MENGKABANG ;-

MENGKABANG tengok Parti Aslam Semalaysia ni makin sesat. Bila MENGKABANG mengikuti Dato Hasan Ali yg berceramah, minda semakin terbuka dgn cakap2 Hasan Ali. Hasan Ali tidak menyuruh kita membuat keputusan, sebaliknya menyuruh kita berfikir dan terpulang pada kita utk menilainya.

MENGKABANG dgr juga dlm ceramah PR penceramah yg bertaraf ustaz yg kopiah bersarban berbakul2 memaki hamun orang2 BN. Menggelar Hasan Ali mcm2.. Tauke Perabut Jati la, Tauke Beras Jati la..

Kita sama-sama fikir apa yg terbaik utk kita.. Mudah-mudahan Allah merahmati segala usaha kita semua.. Amin Ya Rabbal Alamin..

Thursday 8 March 2012

Tumpang Semangkuk

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
SBPA BATAL : AKHIRNYA PERJUANGAN RAKYAT BERJAYA!
(8 Mac 2012/ 15 Rabiulakhir 1433)
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membatalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) adalah suatu kejayaan rakyat khususnya kakitangan awam dalam memperjuangkan hak mereka. Dalam isu ini, Datuk Seri Najib akhirnya terpaksa mengalah kepada tekanan rakyat yang tidak berpuashati kerana tidak meletakkan kepentingan rakyat bawahan dalam perkara yang membabitkan mereka.
Ia membuktikan bahawa SBPA hanya menguntungkan segelintir golongan tinggi penjawat awam dengan mengenepikan hak penjawat awam bawahan sehingga menimbulkan kemarahan ramai. DPPM melihat mungkin juga pembatalan SBPA adalah tanda terdesaknya Perdana Menteri dalam meraih simpati rakyat menjelang pilihanraya umum ke 13. Dalam keadaan begini, beliau terpaksa mendengar rungutan banyak pihak dan akur dengan kehendak mereka. DPPM mengingatkan, belum tentu SBPA tidak akan dilaksana jika BN mendapat mandat lagi selepas PRU ke 13 nanti.
Pembatalan SBPA menjadi suatu pengajaran kepada Perdana Menteri dan kerajaan supaya setiap dasar yang melibatkan golongan bawahan, ianya perlu dibincangkan dahulu kepada mereka. Datuk Seri Najib perlu ingat, kakitangan awam adalah golongan yang bekerja membanting tulang membangunkan negara selama ini, tanpa mereka tidak mungkin negara ini setanding dengan negara-negara yang lain. Justeru, wajarlah pandangan penjawat awam ini diambil kira dan diberi perhatian supaya sumbangan mereka benar-benar dihargai.
Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

MENGKABANG

Tengoklah DPP ni. Apa lah yg di perjuang kan diaorang sampai macam gah nau. seolah mereka yg bermati-matian memperjuangkan nasib penjawat awam Malaysia. Padahal Ceupacs yg memperjuangkan nya, DPP yg sibuk keluarkan kenyataan seolah2 dia yg berjuang. PM Najib yg umum, DPP tumpang semangkuk..