Tuesday 6 March 2012

KELEBIHAN MENGAMBIL WUDUK..


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
~ Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, “Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
~ Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini”.
~ Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab- hisabnya di tangan kanan.
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini”.
~ Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.
~ Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”
~ Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim”.
~ Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat.."
~ Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu..♥

Rasulullah SAW bersabda, ❝Barang siapa berwuduk dengan membaguskan wuduknya, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya..❞

No comments:

Post a Comment