Thursday 1 March 2012

Bekas Menteri dituntut beri penjelasan beliau bukan boneka Anwar



KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menuntut penjelasan daripada bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, mengenai tuduhan beliau kononnya pengundi di kawasan Parlimen Kulim-Bandar Bharu mudah dibeli dengan wang.

Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim berkata, bekas menteri itu memberi tanggapan kepada masyarakat di seluruh Malaysia bahawa pengundi di kawasan Parlimen itu bersifat mata duitan dan tidak mempunyai maruah.
"Tan Sri Abdul Kadir perlu juga menjelaskan sama ada beliau telah menjadi 'news reader' atau pembaca skrip yang disediakan oleh (ketua pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim untuk menghancurkan UMNO dari dalam," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ruslan yang juga bekas Ketua Penerangan PKR itu, menuntut Kadir membuat penjelasan menyeluruh mengenai kenyataan yang dibuatnya pada Januari lalu kerana terdapat desas-desus bahawa beliau tidak berpuas hati dengan kerajaan.

Katanya, ada yang mendakwa bahawa Kadir berasa kecewa dan hampa kerana beliau tidak dilantik sebagai Pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) yang baru.

"Janganlah waktu pegang jawatan dalam parti dan kerajaan semua yang Barisan Nasional buat baik dan betul, bila sudah tidak pegang jawatan semuanya tidak baik dan tidak betul...janganlah amalkan sikap habis madu, sepah dibuang," katanya lagi.

Ruslan mengingatkan Kadir tentang pesanan orang-orang tua "jangan benci keterlaluan dan janganlah pula sayang yang keterlaluan," kerana mungkin pihak yang disayangi Kadir sekarang ini akan dibenci oleh beliau pada esok lusa.
Abdul Kadir menarik perhatian orang ramai baru-baru ini apabila membuat tuduhan dalam satu forum kononnya pengundi di kawasan Parlimen Kulim-Bandar Bharu mudah dibeli dengan wang berjumlah RM100 hingga RM1,000. - BERNAMA


MENGKABANG ;-

Pak Kadiaq, jgn la dok buat tuduhan melulu... Dulu masa dalam kerajaan semua betul, kerajaan je betul, pembangkang semua salah. La ni, sudah tukaq.. Lepas kalah Kulim Bandar Bahru pd Dato Zul, cita macam2, tuduh itu ini. Udah-udah la Tan Sri, udah vateran ni, dduk diam2, sama2 kita beramal, mendekatkan diri pada Nya. Bukan tuju pd Tan Sri sorang, tp pd semua termasuk diri MENGKABANG....




No comments:

Post a Comment