Tuesday 6 March 2012

PRU 13 Semakin Hampir?


Semakin hangat semakin sibuk orang ramai bertanyakan bilakah tarikh sebenar PRU ke 13...?

Persoalan yang paling penting sekarang ialah, apakah YAB Perdana Meneteri sudah benar benar bersedia untuk masuk gelanggang bersilat dengan bala tentera yang diketuai oleh Anwar Ibrahim..?

Setiap kali selesainya Pilihanraya Umum, keputusan akhir itulah juga yang akan menjadi penentu KPI prestasi seseorang ketua kerajaan bergelar Perdana Menteri.... Tun Dr Mahathir pernah cemerlang pada PRU tahun 1995 dan Tun Abdullah Badawi bertuah mendapat juga satu kemenangan mutlak pada tahun 2004 sebelum meruyup merudum pada tahun 2008...!!

Apakah Datuk Seri Najib akan mendapat semula majoriti 2/3 kerusi wakil wakil rakyat BN dalam Dewan Rakyat..?? Mampukah Najib rampas kembali Selangor..?? Apakah akan tercipta sejarah politik tanahair dengan berlakunya kejutan rakyat Malaysia menyaksikan kerajaan PAS Kelantan tumbang sewaktu era pimpinan Najib...???
 
 
MENGKABANG ;-
 
Pada MENGKABANG, ada benarnya PRU 13 makin hampir. BN & PR dilihat sedang mengatur strategi bagi memasuki gelanggang PRU 13. Semua perkiraan keadaan, percaturan dan segala macam percaturan sedang digunakan bagi memenangi hati nurani golongan marhaien. PR semakin kuat berkokok melalui ayam sabung masing2 mencanang kelompangan kerajaan pimpinan BN. Manakala BN pula kian ligat menjawab tuduhan2 liar PR disamping mengetengahkan pelbagai insentif utk rakyat termasuklah projek2 pembangunan untuk kesejahteraan rakyat.
 
Bagi MENGKABANG, dalam PRU 13 ni peluang kemenangan 50-50. Apa yg dimaksudkan 50-50 ialah 50% isu negeri dan 50% lagi isu nasional. Insyalallah sekiranya Pemerintah yg ada bijak menyelesaikan permasalahan dan isu2 yg timbul, maka tidak ada masalah bg Pemerintah mengekalkan penguasaan masing2 sama ada Pusat mahupun Negeri.
 
Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui siapa pemenang pd PRU 13 nanti..
 

No comments:

Post a Comment