Thursday 8 March 2012

4 Tahun Berlalu

Tanggal 8 Mac 2008, Malaysia dibadai tsunami politik yg maha dahsyat sepanjang tampoh kewujudan sejarah peradaban moden Malaysia. Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kedah dipukul ombak tsunami yg gila mengganas.. Kelantan terus tenggelam didalam lumpur.. Kuala Lumpur nampak berseri, tapi hakikatnya berlumpur.

Pembangkang mula bersinar di negara yg kita cintai ini. Mereka kata BN menipu pada PRU 12, tapi kalau sekali MENGKABANG fikirla, kalau betul BN tipu, tak kan la BN nak biarkan Pulau Pinang, Kedah, Perak dan lubuk emas Selangor dibiarkan jatuh ke tangan pembangkang. Masuk akal ke tomahan tu? Macam bongok je tuduhan tu.. Tapi MENGKABANG rasa mereka tak puas hati sebab mereka menang di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kedah. Mau tak nya, mula-mula mereka ingat menang kecit, tapi rupanya menang besar.. Itu yg kelam-kabut PR sbb janji bulan dan bintang pd rakyat..

Hari ini, tanggal 8 Mac 2012, Malaysia sudah berada dalam dimensi baru politik. Iklim politik Malaysia kini sudah berubah sama seperti cuaca politik Malaysia hari ini. Malaysia lazimnya bulan Mac ni panas, tapi sekarang berbeza hingga KL pun banjir semalam. Itu lah kuasa Allah Yang Maha Esa.

Hari ini 8 Mac 2012 telah genap 4 tahun selepas PRU 12. Pembangkang semakin menunjukkan belang kpd rakyat. Rakyat sedang lena dialun gendang yg dipukul PR. Menarila puak2 ni dgn gendang yg dipukul sama spt video kat bawah ni


Kerajaan perlu mengambil ikhtibar dari PRU 12 yg lepas. Ambil ikhtibar dari peristiwa di atas jgn terlalu asyik berdansa. Biar depa saja berdansa. Sejak 2008 hingga kini, berapa ramai pemimpin PKR yg keluar. Pembangkang  BN MENGKABANG lihat kian ligat memenangi hati pengundi.  Pembangunan demi pembangunan dirancang dan dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat. Bandingkan Malaysia 2000 dgn Malaysia 2012 banyak telah berubah. Jasa BN dalam membangunkan negara tiada siapa dapat nafikan.

Apa sebenarnya yg kita cari? Adakah kita berkehendakkan PR memerintah kita? Lihat saja apa yg berlaku kepada manusia yg mendakwa pentadbiran negerinya mencontohi khalifah umar al abdul aziz


Tetapi sebaliknya apa yang berlaku.. Kemaruk kuasa. BN tidak perlu lah mencontohi gelagat mereka. Kuat melatah.. 4 tahun telah berlelau, bekerja dan terus bekerja. Rakyat tau apa yg BN lakukan. Rakyat menilainya sendiri. Allah juga tau apa yg BN lakukan. Baik dibalas baik, buruk di balas buruk. Ulamak buat kerja ulamak. Jgn la ulamak buat kerja seperti ni


4 tahun telah berlalu, biarlah rakyat menilai BN. Mungkin hanya 1 juta penduduk Malaysia yg berkokok marahkan kan BN, tapi MENGKABANG percaya baki lagi 26 juta penduduk Malaysia menanjungi BN.

Berusaha dan terus berusaha BN. Semoga Allah bersama BN dan merahmati segala kebaikan dan kebajikan dilakukan BN

ABU - Allah Bersama UMNO
ABU - Aku Budak UMNO
ABU - Aku Bersama UMNO

No comments:

Post a Comment