Tuesday 6 March 2012

Mahfuz ; Saya Nak Jadi PM, Bukan MB


mahfuz omar adalah susuk politik yang cukup luarbiasa.

rakyat kerap dihidangkan dengan pelbagai hujahan dan penerangan intensif dari mahfuz omar.

MO boleh berbicara mengenai KDNK negara.
MO boleh berbicara mengenai suhu sejuk luar biasa yang melanda barat eropah.
MO boleh mempertikaikan kepincangan teori total fotball 4-4-2 bawaan franz beckenbauer.

MO juga boleh mendefinisikan ide proses saintifik lakuran.
MO boleh berdebat dengan stephen hawking dalam teori kosmologis.

MO ada di mana-mana. MO adalah bintang yang dilakarkan dalam pujangga akhir zaman. mahfuz omar adalah imbasan watak futuristik definisi garapan filem matrix lakonan keanu reeves. Dalam perdebatan di forum profesor-profesor asia yang berlangsung di universiti of tokyo, ada ramalan dan pendapat menyebutkan bahawasanya mahfuz omar adalah biasan (kelahiran semula) tokoh yang bakal menyatukan dunia timur ,barat dan selatan.

Ramai pengkaji sedang menyiapkan tesis kedoktoran dan subjek 'siapa mahfuz' merupakan kajian ilmiah utama yang sedang mendapat tempat di kampus universitas utama dan tersohor di dunia.

Ada perdebatan mengatakan sekiranya mahfuz diangkat menjadi perdana menteri selama 1 tahun, ia secara teori dan relatifnya akan 15 kali lebih berjaya dan agung jika dibandingkan dengan pemerintahan 22 tahun tun dr mahathir.( bayangkan sekiranya mahfuz menjadi PM selama 4 tahun ). Karismatik mahfuz mampu pergi lebih jauh jika dibandingkan dengan bapak sokarno.

Ide dan ketinggian IQ matematikal mahfuz dijangka mampu menyelesaikan permaslahan kebankrapan greece dan beberapa negara kesatuan eropah.. ramalan berpendapat jika mahfuz dibenar menyampaikan hujahannya selama 1 jam dalam wawancara BBC, masalah bankrap negara greece akan selesai dalam masa sebulan. Itulah mahfuz,permata politik negara yang kian bersinar.

Dialah bakal Perdana Menteri Malaysia.

siapa cakap ?
dia yang cakap ...

No comments:

Post a Comment