Wednesday 29 February 2012

Dr M: Lim Kit Siang patut jadi presiden PAS

Dalam mengalu-alukan apa yang beliau anggap langkah yang baik dari PAS untuk melantik pemimpin bukan Islam bagi menerajui parti itu, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang dilantik sebagai presiden PAS.

mahathir in perdana university event 150212"Mengapa hanya timbalan, mereka sepatutnya lantik bukan Islam sebagai presiden. Lim Kit Siang boleh jadi presiden PAS," sindir Mahathir pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan rombongan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

"Mereka tuduh kita kafir kerana bekerjasama dengan bukan Islam, sekarang mahu lantik bukan Islam sebagai pemimpin parti. Itu baik, baik," sindir beliau.
Menurut bekas pengerusi BN itu, ebelum ini PAS mengkafirkan Umno kerana bekerjasama dengan parti mewakili bukan muslim seperti MCA dan MIC, tetapi cadangan mereka kali ini umpama meludah ke langit.
Mahathir berkata PAS sepatutnya tidak mempunyai masalah bagi menerima bukan Islam sebagai presiden parti itu, kerana selama ini pun mereka mempertahankan dan membenarkan pemimpin bukan Islam dari Pakatan Rakyat yang memetik ayat-ayatal-Quran pada ceramah politik.

“Lagipun, jika mereka bukan Islam, mereka faham tentang Islam dan sekarang boleh menggunakan petikan al-Quran dalam ucapan mereka.”

By Malaysiakini

MENGKABANG ;-

MENGKABANG sokong cadangan yg dibuat Tun. Ada benar apa yg Tun cakap tu, setelah pemimpin PAS sendiri cakap bukan Melayu boleh pemimpin PAS....

Tuesday 28 February 2012

No 2 PAS Bukan Islam....


aku berkeyakinan saranan dr zulkifli ahmad ( parasit pas) yang mengizinkan kemasukan bukan islam untuk dilantik menjadi timbalan presiden pas semakin hebat diperdebatkan dikalangan ahli pas.

mungkin ramai yang membantah , namun pada ketika ini bantahan sebegini tiada mampu mendatangkan impak besar kerana majoriti pimpinan pas pusat sudah dikuasai oleh kumpulan parasit.

cuma rakyat ingin bertanyakan pandangan kepada dr zulkifli, siapa gerangan calon bukan islam yang layak untuk menjadi timbalan presiden pas ?

jika aku diberi peluang memberi cadangan, aku akan menyertakan HANYA satu nama paling sesuai untuk menduduki tampuk kerusi timbalan presiden pas..
 
 
tak lain...

tak bukan...

ambiga sreevanesan.

inilah calon paling cocok dalam mengetuai hala tuju perjuangan pas.

 
 
 
MENGKANAG
Istigfar MENGKABANG sekejap dengar kenyataan ni.. Apa la nak jadi dgn satu pasti Isalam ni.. MENKABANG teringat dengan kenyataan kalau tak silap yang Tun Dr Mahathir, PAS bukanlah Parti Islam Semalaysia, tapi sebaliknya Parti Aslam Semalaysia. Apakah jati diri sebenarnya PAS dalam hal ini. Adalah PAS sangat terdesak dalam mencari undi bukan Melayu dalam menghadapi PRU nanti. Jgn la sampai menggadaikan hala tuju perjuangan PAS dalam mencari undi.. Istiqamah lah semula dengan hala tuju perjuang parti...

Monday 27 February 2012

Renungan Kita Bersama...

Dulu.....



Kini...


Lagi...


Ini kah kita katakan sebagai seorang ulama.. wajarkah kita memaki hamun orang lain...?
Sama-sama kita renungkanya...

Thursday 23 February 2012

Penjelasan Sebenar dan Tomahan Kapal Israel


Ikuti penjelasan mamat ni tenntag isu kapal Israel. Ikuti juga nasihat yang diberikan kepada kumpulan yang berjekenaan di akhir video ni. sama-sama kita tonton dan sebarkan

Bai'ah PAS Sepatutnya Untuk Agama, Bukan Untuk Kuasa!!



KUALA LUMPUR Pas sepatutnya mewajibkan calonnya berbai'ah menolak mana-mana pemimpin yang terpalit dengan video seks; tuduhan liwat; menggadai kalimah Allah; membawa idealogi pluralisme serta menyokong keselamatan Israel.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, ini kerana terdapat pemimpin sedemikian dalam pakatan pembangkang dan tindak-tanduk tersebut jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

"Saya ingin mengingatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jangan sampai menang sorak Islam tergadai. Sepatutnya mereka berbai'ah menentang pemimpin yang terpalit dengan masalah moral, mempersendakan Islam dan menyokong Israel.

"Jangan kita berbai'ah hanya kerana kemaruk kuasa politik dan saya melihat tindakan terdesak ini menunjukkan Abdul Hadi sendiri tidak percaya kepada kesetiaan calon Pas," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Abdul Hadi mengumumkan bahawa Pas mewajibkan setiap calonnya yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti berbai'ah dan sesiapa yang melanggar bai'ah tersebut akan celaka dunia dan akhirat.

Pada pilihan raya 2008, calon Pas juga diarahkan berbai'ah mencerai isteri masing-masing dengan talak tiga jika mereka meninggalkan perjuangan parti itu sehingga mendapat kecaman hebat daripada pelbagai pihak, kerana bai'ah tersebut menganiaya kaum wanita.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Angkatan Muda PKR, SD Johari Yasin berkata, tindakan Abdul Hadi bukan sahaja jumud, malah memberi gambaran buruk kepada orang bukan Islam kerana mereka melihat langkah itu sebagai tidak demokratik.

Pada masa sama, beliau juga percaya tindakan mewajibkan bai'ah itu bukti Pas sebenarnya berada dalam keadaan terdesak ekoran sokongan orang Melayu terhadap parti berkenaan berada pada tahap terendah selepas pilihan raya 2008.

"Pas bimbang bukan sahaja tentang sokongan orang Melayu tetapi takut calon mereka beralih arah kerana Pas sedar, mereka sering tunduk kepada Parti Keadilan Rakyat, DAP termasuk dalam isu akidah sebab itu digunakan kaedah autokratik seperti ini," katanya. -utusan


MENGKABANG ;-

Ingat lagi lompat sikatak lompat...? Sapa katak, sapa ular, sapa sesumpah, sapa pula tikus...??? renung-renung kannya

Ketua Pembangkang jangan hipokrit - Khairy

 
KHAIRY Jamaluddin mengadakan sidang akhbar selepas mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Pejabat UMNO Bahagian Parit, semalam. Turut sama, Razali Ibrahim (kiri).

PARIT 21 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta tidak bersikap hipokrit dengan berpura-pura seolah-olah beliau tidak mengetahui mengenai wujudnya hubungan perdagangan antara syarikat antarabangsa di Malaysia dengan di Israel.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pindaan terhadap Akta Kastam yang memberi kelonggaran kepada syarikat di Malaysia berdagang dengan syarikat di Israel diluluskan oleh Kabinet pada 1996 ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

"Saya hendak dedahkan di sini, kawalan terhadap perdagangan dengan Israel adalah di bawah Akta Kastam di bawah Kementerian Kewangan dan kelonggaran untuk syarikat-syarikat berdagang dengan syarikat lain di Israel dibuat pada 1996 oleh Jemaah Menteri.

"Pada 1996, siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan? Tidak lain tidak bukan Datuk Seri Anwar. Jadi, kalau dia kata hari ini kerajaan Malaysia buat perdagangan dengan Israel, dia buat-buat tidak tahu, dia sebenarnya menteri yang membenarkan perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda UMNO di Bangunan UMNO Bahagian Parit, di sini hari ini.

Turut serta pada sidang akhbar itu ialah Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim; Penolong Setiausaha, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Ketua Pemuda UMNO Perak, Khairul Azwan Harun.

Sambil menegaskan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dan politik dengan Israel, Khairy berkata, hubungan dagangan antara dua negara itu hanya antara syarikat antarabangsa dan ia dibuat atas keperluan globalisasi.

Katanya, sebagai contoh syarikat Intel atau pengilang di Malaysia terpaksa mengimport bahan membuat mikrocip atau semikonduktor dari syarikat Intel yang berpangkalan di Israel kerana bahan tersebut tidak boleh diperolehi dari negara lain.

Menurut Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) itu, kebenaran perdagangan itu jauh berbeza daripada sokongan politik seperti kenyataan Anwar dalam The Wall Street Journal (WSJ) yang menyokong segala usaha memastikan keselamatan negara Israel.

"Kalau Israel, negara itu akan memberikan justifikasi mempertahankan keselamatan mereka dengan apa jua cara termasuk pembunuhan rakyat Palestin," ujar beliau.

Khairy juga berkata, Pemuda UMNO menyanggah apa jua alasan yang diberikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu termasuk menyalahkan media arus perdana memutar-belit laporan WSJ berhubung kenyataannya dalam isu Israel.

"Sekarang dia beri penjelasan itu (sokongan) bergantung kepada kebebasan, kemerdekaan dan penubuhan negara Palestin yang berdaulat, tetapi dalam kenyataan itu dia menyokong segala tindakan untuk mempertahankan Israel. Itu kenyataan umum yang menunjukkan Anwar menyokong Israel," katanya.

Beliau berkata, ekoran isu tersebut, sokongan orang Melayu terhadap pakatan pembangkang semakin luntur dan sebab itu mereka kelam-kabut untuk memberi penjelasan bagi menarik semula sokongan kaum tersebut. -UM
 
By Tun Faisal
 
MENGKABANG ;-
 
Ooo.... Baru MENGKABANG tau. Sepatutnya KJ dan jenteranya masuk ke ceruk rantau bagi tau golongan marhaien. Kejutkan Ketua Penerangan Bahagian yg sedang lena diulit mimpi bagi menggerakkan isu ini.. AYUH.... bangkit Ketua Penerangan... Jgn bia kita dok kene kencing jer....

Wednesday 22 February 2012

Cuepacs Juara Perkhidmatan Awam

Cuepacs
PUTRAJAYA - Di sebalik rasa tidak puas hati berkenaan dengan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang sepatutnya dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu, Cuepacs hari ini menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Pelaksanaan SBPA ditangguhkan sementara pasukan petugas khas selesai menjalankan semakan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi SBPA.

Dipetik Bernama, beliau berkata, tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500," katanya.
Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.

"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji. Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.

Omar berkata, tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA.
"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.
"Jika tidak boleh juga... apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya

MENGKABANG ;-

Mcm ni la contoh Presiden yg buat kerja. MENGKABANG harap akan ada ramai lagi pemimpin NGO seperti Omar Osman ni. Walau pun hanya dari kumpulan sokongan, tapi mampu memimpin kesatuan perkhidmatan kerajaan. Bersuara lantang.. Berani menyatakan kebenaran. Jgn fikir fasal diri sendiri. MENGKABANG harap Omar Osman terus bersuara untuk kepentingan penjawat awam. 

Zaid Ibrahim Berhajat Besar...

 Tun Dr Mahathir Mohamad
SHAH ALAM - Datuk Zaid Ibrahim mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menulis sebuah buku yang benar-benar boleh dipercayai kandungannya dan menggambarkan situasi sebenar mengenai Malaysia Airlines System (MAS), salah satu syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC).

Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) ini berkata, setiap orang mahu mengetahui mengapa MAS diswastakan khususnya kepada bekas pengerusi eksekutif MAS, Tan Sri Tajudin Ramli hampir dua dekad yang lalu tetapi banyak pihak mendakwa gagal membantu syarikat tersebut.
"Di sini, saya merasakan Dr Mahathir perlu menjelaskan apa sebenarnya berlaku (ketika itu). Beliau telah menulis banyak buku, tetapi tidak ada yang boleh dipercayai," kata beliau lagi.
Katanya, sekurang-kurangnya Dr Mahathir perlu menceritakan apa sebenarnya menyelubungi kontroversi MAS yang belum diselesaikan sehingga sekarang.

Pada 14 Februari lalu, Tajudin dan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd mencapai penyelesaian luar mahkamah berkaitan satu saman yang difailkan enam tahun lepas membabitkan hutang RM589 juta tokoh korporat itu dalam pembelian saham MAS.

Peguam Lim Kian Leong yang memaklumkan perkara itu kepada panel tiga hakim Mahkamah Rayua. Bagaimanapun tidak mendedahkan terma penyelesaian tersebut dan ia disahkan Tommy Thomas yang mewakili Danaharta.

Sehubungan itu, Kian Leong berkata Tajudin berhasrat menarik balik semua rayuan terhadap Pengurusan Danaharta, dua anak syarikatnya serta 24 responden lain yang dinamakan dalam tuntutan balas beliau.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tajudin membayar RM589 juta kepada Danaharta yang menguruskan pinjaman tidak berbayar akibat hutang yang ditanggung tokoh korporat itu dalam pembelian saham MAS.

Jumlah itu merupakan baki pinjaman berjumlah RM1.79 bilion yang diberikan kepada Tajudin oleh sekumpulan peminjam bagi membiayai pembelian 32 peratus kepentingan dalam MAS pada 1994.

Tajudin diperintah membayar jumlah asas pinjaman pada 31 Disember 2005 sebanyak RM589,143,205.57 serta faedah dua peratus atas kadar pemberian pinjaman asas Malayan Banking Bhd mulai 1 Januari 2006 sehingga tarikh penyelesaian penuh kes itu kepada Pengurusan Danaharta dan dua anak syarikatnya.

Mahkamah Tinggi turut membatalkan tuntutan balas Tajudin, yang berjumlah RM13.46 bilion, terhadap 24 responden termasuk Danaharta, dua anak syarikat serta pegawainya, Datuk Azman Yahya, Datuk Abdul Hamidy Hafiz, Datuk Zukri Samat dan Datuk Kris Azman Abdullah.
Dalam buku terbarunya berjudul A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad diterbitkan tahun lalu, Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun menafikan beliau dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin telah memaksa Tajudin menyelamatkan MAS dengan membelinya pada 1994 dengan harga RM1.8 billion.

Dr Mahathir bersara pada Oktober 2003. MAS merupakan antara beberapa GLA menyaksikan masalah kewangan di sebalik kegawatan ekonomi 1997/98.
Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sementara kes membabitkan Tajudin sedang berjalan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah mengeluarkan satu arahan kepada Danaharta dan GLC agar tidak meneruskan kes ke atas tokoh tersebut meskipun mereka menang di peringkat Mahkamah Tinggi.

"Nampaknya, Barisan Nasional tidak mengiktiraf bahawa syarikat-syarikat ini adalah bebas daripada kerajaan dari segi pengurusan mereka. Syarikat-syarikat ini ada lembaga pengarah masing-masing dan pemegang-pemegang saham yang perlu diwakili," katanya.


MENGKABANG ;-

Zaid.. Zaid.. Udah udah le tu. Duduk le diam-diam. Dulu mase dlm PKR itu ini tak kena. Cakap sana-sini. Lepas tu keluar PKR, masuk KITA, abis jahanan KITA sampai nak dibubarkannya. La ni memekak fasal MAS pulak. Awat..? Mau jadi Penegerusi MAS pulak ke..?

ALLAH Berikan Segala Kebodohan Dan Kebebalan Kepada Mereka...



 
Hari ni dengan bangganya aku nak tunjuk salah satu KEBODOHAN dan KEBEBALAN budak-budak cybertroopers pakatan dan jinggay 13.

Depa ni kalau aku kata bodoh, depa marah tapi nak buat macam mana depa ni memang bodoh, ok kenapa aku kata depa bodoh...

Ok depa kata kata sailing clearance tu surat beranak, punya la mangkok, dua dokumen tu pun depa tak boleh kenal.

Ok apa sailing clearance tu? sebagai contoh, kapal tu berlayar dari Xiamen, kemudian dia singgah di berberapa negara seperti india atau israel, disini cybertroopers bodoh pakatan cuba nak spin cerita, surat sailing clearance di keluarkan setiap kali kapal nak berlayar, contoh, kalau kapal tu berlabuh di dubai, kemudian dia nak berlayar ke malaysia, maka pihak berwajib di dubai akan keluarkan sailing clearance. jadi kenapa hanya surat sailing clearance israel je yang mereka keluarkan, kenapa tak surat sailing clearance negara lain..? ada malafide di sini..

Si bingai tu siap watermark sailing clearance yang dia kata surat beranak kapal tu, bangga la tu kononnya dia dokumen sulit....

Ok apa pulak surat beranak? hah.. kalau korang nak tengok surat beranak, korang mintak la kat mak korang atau tengok surat beranak anak korang, itu lah surat beranak.

 
Ini baru betul surat beranak atau birth certificate.

Budak-budak bodoh tu kata, sailing clearance tu dokumen kargo dari israel masuk malaysia, ni lagi satu bukti bahawa budak-budak cybertroopers yang dibayar oleh pkr ni bebal, bro kalau tak pernah kerja shipping jangan lah tunjuk pandai, dokumen untuk kargo orang tak panggil sailing clearance, orang panggil bill of lading bukan sailing clearance, bongok.


Contoh bill of lading, ini sepatutnya budak-budak bodoh tu tunjukkan untuk kuatkan hujah mereka.

Aku cabar cybertroopers dan jinggay 13 supaya keluarkan bill of lading kapal tu, dan tunjukan ada kargo dari israel yang di import oleh negara kita, aku yakin mereka tak akan dapat tunjukan pasal tak ada kargo dari israel, haahaa tak tau la kalau cif cybertroopers pkr budak milo masam tu buat superimpose pakai photoshop pulak lepas nie...
 
BY ;- Darul Ehsan Tody...
 
 
 
MENGKABANG
 
MENGKABANG respect la dgn Darul Ehsan Tody.. Mcm ni la yang kita nak. Penjelasan dan pendedahan dipihak kita. Baru DEMOKRASI kan. Kapal tu berlabuh di Selango, Selangor kena hentam mcm2.. Nape plak Dato MB Selangor diam jer. Nasib de makhluk si Darul Ehsan ni buat siket pendedahan.. Setakat bagi borang kosong, NENEK MENGKABANG pun boleh bagi.. Cuba bagi yg lengkap berdata penuh, baru la orang boleh percaya. Orang bongok boleh la kene kencing.....

Keengganan seorang ahli perniagaan, John Soh Chee Wen, 50, menyumbangkan RM300 juta kepada Anwar Ibrahim empat tahun lalu dikatakan menjadi punca Ketua Pembangkang itu kempunan untuk menduduki Putrajaya seperti diimpikan beliau pada 16 September 2008....

Keengganan seorang ahli perniagaan, John Soh Chee Wen, 50, menyumbangkan RM300 juta kepada Anwar Ibrahim empat tahun lalu dikatakan menjadi punca Ketua Pembangkang itu kempunan untuk menduduki Putrajaya seperti diimpikan beliau pada 16 September 2008....

Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang pernah rapat dengan Anwar mendakwa, wang RM300 juta itu sangat diperlukan Anwar ketika itu untuk digunakan sebagai bayaran 'pendorong' RM10 juta seorang bagi 30 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti dan seterusnya membantu beliau merampas Putrajaya.

"John Soh tidak bersetuju membiayai RM300 juta untuk tujuan tersebut melainkan Anwar mampu menjanjikan kejayaan. Tetapi bagaimana Anwar boleh memastikan kejayaan?

"Terdapat 30 Ahli Parlimen BN pada waktu itu. Jika mereka boleh menjual diri kepada satu pihak, maksudnya mereka boleh berbuat demikian ke pihak lain juga.

"John Soh enggan mengeluarkan RM300 juta dan ia mengakhiri impian Anwar memasuki Putrajaya. Itu juga bermakna Anwar perlu menghadapi perbicaraan liwat kedua. Hanya satu cara beliau boleh mengelakkan perbicaraan liwat itu iaitu dengan menjadi Perdana Menteri, yang tidak akan terjadi sekarang," katanya.




Raja Petra dipetik berkata demikian dalam Malaysia Today melalui entri bertajuk EPISOD 8: Lelaki di Sebalik PKR (Siri 2) hari ini.

Tambahnya, hubungan Anwar dengan John Soh mulai renggang selepas keengganan ahli perniagaan itu membiayai wang tersebut walaupun kedua-dua pemimpin sebelum itu pernah bertelagah mengenai keperluan menyingkirkan Exco Selangor, Elizabeth Wong ekoran kontroversi gambar bogelnya.

"Apabila keadaan bertambah parah dan mustahil untuk berbaik-baik, John Soh dan Anwar 'berpisah.' Kemuncaknya ialah pada Pilihan Raya Negeri Sarawak hampir setahun lalu," katanya.

Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa, bangunan yang menempatkan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat PKR di Tropicana kini dimiliki oleh John Soh.

Dengan jumlah hutang sewa bangunan PKR sehingga Jun 2010 adalah sebanyak RM600,000, katanya, hutang sewa bangunan terkumpul parti itu dianggarkan bernilai RM1 juta.

Selain itu, menurutnya, John Soh telah membelanjakan sekitar RM30 juta untuk menaja Anwar dan PKR sejak 1998.

"Apa yang ramai orang tidak tahu, kecuali individu dalam lingkaran Anwar ialah John Soh bukan hanya pembiaya PKR. Dia adalah seorang strategis utama yang menumpukan kepada cara-cara memenangi Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

MENGKABANG ;-

Wauu.... Banyak duit Dato ni. Meh bagi MENGKABANG RM 1 JUTA cukuplah. Jgn pulak PRU 13 nanti Dato bagi pulak. Mane la datang duit bebanyak macam tu ea,,,? MENGKABANG pelik ni. Nak kata kaya nau, tak jugak.. tak pulak termasuk dalam senarai orang terkaya. Mana dapat duit bebanyak tu.. 

Kerajaan BN Berjaya Buat Israel Tunduk Kepada Undang-Undang Malaysia


Awalnya blogger pembangkang mendakwa kapal israel memasuki Pelabuhan Klang. Setelah berjaya dibuktikan itu bukan kapal israel, sebaliknya kapal Liberia, mereka pusing cerita pula kata syarikat Zim milik israel.

Dalam entry kami sebelum ini, kami tidak menyebut pun tentang pemilikan syarikat tersebut kerana kami telah tahu Zim sebuah syarikat dari israel. Kami hanya memfokuskan untuk menjawab dakwaan mereka yang mengatakan kapal itu kapal israel.

Undang-undang Malaysia telah menetapkan bahawa kapal-kapal yang berdaftar di Israel (kapal israel) tidak dibenarkan berlabuh dimana-mana pelabuhan dalam Malaysia kerana Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan israel. Jauh sama sekali lagi untuk melindungi negara israel. Ada orang bodoh bercakap jika dia diangkat sebagai PM dia akan memastikan keselamatan israel (melindungi israel). Yang patut dilindungi dan dipastikan keselamatan adalah Palestin, bukannya israel. Yang ditindas serta yang merana adalah Palestin. israel dah lama selamat dan dilindungi.

Akibat dari peraturan Malaysia yang tidak membenarkan sebarang kapal israel berlabuh di negara ini, maka syarikat Zim tidak mendaftar kapal-kapal mereka di israel dan terpaksa mendaftarkan kapal-kapal yang mereka gunakan di laluan asia (asia lines) di negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.Ini bagi membolehkan kapal tersebut berlabuh di Malaysia.

Inilah bukti kekuatan dan kehebatan Kerajaan BN yang memerintah Malaysia sekarang. Mereka berjaya menundukkan sebuah syarikat dari negara yang kuat.Dalam dunia tidak banyak negara yang berani berlawan dengan israel dan israel juga sebuah negara yang mempunyai ego yang cukup tinggi. Tetapi dengan Malaysia mereka tewas. Mereka terpaksa tunduk dan patuh kepada perintah dan peraturan Kerajaan Malaysia yang diterajui BN. Nak masuk tempat kami kena ikut peraturan kami. Bukan seperti pemimpin masyarakat madani yang berjanggut sejemput yang belum jadi PM lagi pun dah tunduk kepada Israel.

By ;- Selangor Daily. Com


MENGKABANG ;-


Haaaaa.......... macam ni la yang MENGKABANG harapkan. Ada pihak yg tampil memberi penjelasan. Si bongok mane agaknya yg dok spin cerita. al maklum la, kaki putar alam. Pada MENGKABANG, isu-isu seperti ini perlu giat diperjelaskan oleh parti pemerintah. Jgn biar rakyat mendengar hanya MENDENGAR dari sebelah pihak sahaja. Penjelasan sewajarnya harus diberikan kepada rakyat supaya mereka semua tidak terkhilaf memilih pada PRU akan datang.

Tuesday 21 February 2012

FAKTA ATAU AUTA

PKR menafikan ceramahnya di Jalan Mersing, Sembrong pada malam Ahad lalu di mana kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah itu diadakan tanpa permit.

NONE“Majlis yang mendapat permit dari pihak polis itu diganggu dari awal hingga akhir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Tujuan mereka ialah untuk menimbulkan kekecohan dan huru-hara,” kata Ketua Penerangan PKR, Johor Syed Hamid Ali (kiri) dalam satu kenyataan memperincikan apa yang sebenarnya berlaku pada malam berkenaan.

Menurut beliau, pada kejadian itu, lebih 100 orang yang dipercayai kakitangan dan anak-anak muda yang diupah oleh Umno tempatan telah melakukan segala macam provokasi untuk mengganggu dan mencederakan orang ramai dan pemimpin yang hadir di situ.

“Mereka membuat bising dan menjerit-pekik; buat rioh-rendah dengan membunyikan enjin motorsikal, air horn dan siren.

“Kemudian, berpuluh-puluh anak muda yang bermotosikal terus mengganggu lalu lintas; batu, telor, botol plastik dan mercun bola berterbangan ke arah penceramah dan orang ramai,” katanya.
NONESyed Hamid juga berkata pada malam itu, tidak kurang 4,000 orang membanjiri ruang di hadapan pejabat Cabang Semberong di Batu 4 Jalan Mersing, Kluang untuk mendengar ucapan daripada pemimpin-pemimpin parti peringkat negeri dan pusat.

Antara mereka termasuk ketua umum PKR itu sendiri, dirinya, ahli parlimen Kapar S Manikavasagam dan ADUN Mengkibul Ng Lam Wah.

“Ketika rombongan Anwar sampai di tempat ceramah kira-kira jam 11.30 (malam), suasana menjadi semakin ribut.

“Beliau dan rombongannya diserbu dan dikepung. Pergelutan kecil berlaku sebelum Anwar berjaya diselamatkan.

NONE

INI BUKAN KERETA ANUAR.. ANUAR NAIK MERZ..
INI GAMBAR KERETA WIRA MALAUN MANA AGAKNYA AMIK















INI BARU GAMBAR KERETA ANUAR YG BETUL

“Kami diberitahu, seorang mengalami cedera ringan di dahi dipercayai akibat dilastik; seorang lelaki tua cedera dibaling kayu; bendera PKR dibakar; cermin kereta Anwar pecah dan pintunya kemek,” katanya.

Sehubungan dengan kejadian itu, katanya PKR menuntut supaya pihak polis bertanggungjawab untuk melakukan penyiasatan secara profesional.

Syed Hamid juga berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein selaku Ketua Bahagian Umno Semberong dan ahli parlimen kawasan itu juga perlu bertanggungjawab atas peristiwa buruk dan memalukan itu.

Kejadian itu antara beberapa siri gangguan yang disaksikan sejak beberapa minggu kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pada 13 Februari lalu, kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap, Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.

anwar ibrahim on motorbike in pekanManakala pada Jumaat lalu pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.

Malah, Anwar terpaksa membonceng motosikal untuk menuju ke lokasi cermahnya.



MENGKABANG ;-

Kepada malaun yg nak spin cerita pun, buat le cerita elok-elok sikit. kaji betul-betul fakta. semalam cerita lain, ari ni cerita lain. Semalam sidang media cite lain. MENGKABANG nasihatkan elok-elok la buat cerita.. Cerita yg benau, jgn nak auta je keje dema... 

Pic Anuar membonceng moto ni, pemimpin BN lain kene contohi.. Sanggup bersusah payah ke tapak ceramah...

assalam........

Bila Hati Sudah Sayang....


Tersebutlah kisah, ada seorang lelaki yang terlalu menyukai epal.. Bersama epal, hadir juga sebuah senyuman.. Senyuman yang sentiasa di bibir, menguntum indah tapi entah esok lusa, bila layunya epal, senyuman itu juga akan turut pudar dan suram.. Siapa tahu..


Hari-hari yang dilalui diisi dengan senyuman.. Senyuman yang sentiasa terlekat di wajahnya..
 


Epal hijau, epal merah, semuanya disukai.. Bila dah suka, sukar nak kikis dan ingin selalu ada sebiji epal setiap hari.. Tapi, mana mungkin.. Setiap hari?




Pun begitu, sukanya pada epal masih ada dan terus terukir dalam diri.. Entah bila akan lenyap atau hilang, dia sendiri tidak pasti.. Selagi ada epal, selagi ada senyum.


.


Atau mungkin saat itu telah tiba? Dan epal itu akan pergi membawa bersama senyuman yang terukir lantas memudarkan terus rasa suka dan kenikmatan yang pernah dirasai.. Yang ada kini, hanyalah . . . . .

Ahmad Maslan Bikin Pembangkang Panas...


Orangnya agak sedikit berisi, dengan rambut ala skema dan ketinggiannya boleh dikategorikan sebagai rendah, Datuk Ahmad Maslan, atau Tok Mad, merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Namun, jangan diperlekehkan ketinggiannya, atau rambut skemanya, kerana bicaranya sering kali mematahkan hujah lawan.

Beliau juga merupakan tokoh yang tidak jemu “membelasah” pembangkang dalam setiap temubual atau program-program politiknya.

Sehingga ke hari ini, tugasnya selaku Ketua Penerangan dimanfaatkan sebagai modal terbaik untuk turun bertemu dengan rakyat. Rakyat disajikan dengan pelbagai informasi. Sebagai contoh, Majlis Penerangan Perdana yang dibuat di setiap negeri dengan berskala besar-besaran dilihat satu usaha untuk mendedahkan perihal kepincangan pembangkang.

Kali ini, Tok Mad berada satu tapak di hadapan berbanding dengan pemimpin BN yang lain dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Menariknya, perlakuannya membuang buku Jingga ke dalam tong sampah boleh dianggap berani. Mungkin ramai yang memperlekehkan tindakan Tok Mad, namun tidak semua pemimpin BN berani untuk memperlakukan sedemikian rupa.

Ada risikonya untuk Tok Mad. Selepas ini, beliau mungkin menjadi sasaran bertali arus dari pembangkang, berikutan “penghinaan” yang Tok Mad anugerahkan. Apa tidaknya, Buku Jingga adalah “umpan” terbaik dari pembangkang, dengan isi kandungannya yang menjanjikan bulan dan bintang. Namun standard buku tersebut rupanya hanyalah di dalam tong sampah!

Sememangnya itulah tempat yang paling molek untuk Buku Jingga, berdasarkan keupayaan Pakatan Pembangkang mengurustadbir negeri-negeri yang mereka tawan. Di Selangor, pelbagai janji PRU 2008 masih belum tertunai. Antaranya ialah elaun sara untuk suri rumah sepenuh masa, bantuan RM75 sebulan untuk anak yang dihantar ke nurseri, RM50 untuk anak-anak yang dihantar ke tadika, dan berpuluh lagi janji palsu mereka.

Betapa pembangkang sebenarnya cuba untuk terus memperbodohkan rakyat dengan janji-janji terbaru, sedangkan “hutang” mereka kepada rakyat sejak 2008 belum pun lunas. Dan cuba lihat nilai amaun itu, sekadar berpuluh ringgit utk seorang pun tidak mampu dilaksanakan oleh mereka. Apakah mampu mereka menunaikan janji berbillion-billion kepada rakyat?

Penulis sekadar menyentuh kebajikan rakyat Selangor yang telah dijanjikan oleh pentadbiran Khalid Ibrahim. Ingat, Selangor bukanlah negeri yang miskin. Akan tetapi, ke mana perginya hasil negeri? Yayasan Selangor menuju kehancuran, PKNS sudah tidak lagi dikuasai oleh kerajaan negeri. Apakah ini yang dipanggil ‘memfaraid harta rampasan perang”?

Maka tidak silap seandainya Tok Mad memilih untuk meletakkan maruah buku Jingga ke dalam tong sampah, persis maruah mereka yang memperjuangkannya.

Rakyat tidak boleh dibiarkan terus dibuai janji-janji sang munafik, apatah pula si kafir harbi!

Syabas Tok Mad, ini barulah anak jantan!!!


MENGKABANG ;-

MENGKABANG boleh bagi tabik spring la pada Ahmad Maslan. Tindakannya mengundang pelbagai cemuhan dari pembangkang. Ada yg kata tak hormat pelembagaan la, perbuatan tak bermoral la, itu la, ini la... Sebab apa?? Sebab kena batang idung mereka. Cuba tindakan Ahmad Maslan tu menyokong mereka. Begunung disanjung. Semoga akan ada ramai lagi pemimpin BN yg berani mengikut jejak langkah Ahmad Maslan..

Kapal Israel:Menjawab Kebodohan Pak Pandir Jingga 13

Beberapa blog pro pembangkang termasuk malaysiakini.com hari ini melaporkan berita tentang kemasukan dua buah kapal israel di Pelabuhan Barat , Pelabuhan Klang.
Berikut adalah sebahagian petikan laporan dari malaysiakini.com
Bukti video, kapal Israel di Pelabuhan Klang
NGO mesra PKR, Jingga 13, hari ini membekalkan bukti menunjukkan kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.
Untuk berita penuh sila ke http://www.malaysiakini.com
Untuk pengetahuan rakyat Malaysia sekalian, untuk entry kali ini kami akan jawab terlebih dahulu pembohongan paling utama pencacai-pencacai PKR sepertimana tulisan yang kami merahkan diatas, iaitu kapal tersebut adalah kapal israel. Kemudian kami akan susuli dengan penjelasan mengenai kehadiran kapal tersebut di Pelabuhan Klang dalam entry seterusnya.
Kapal Zim USA dan Zim Atlantic BUKAN nya kapal israel seperti yang didakwa oleh pendekar-pendekar tempang PKR.
Pendekar-pendekar tempang PKR tidak buat homework terlebih dahulu sebelum menabur fitnah. Mereka tidak belajar bagaimana untuk mengetahui sesuatu kapal dari negara mana. Itu perkara asas yang perlu diketahui terlebih dahulu. Boleh diibaratkan seperti orang solat. Apa guna solat berpuluh rakaat sampai lutut lemah longlai dan dahi sampai lekuk, tetapi tidak berwudhu terlebih dahulu sebelum solat ?
Sama halnya yang dilakukan oleh pendekar-pendekar tempang pembangkang berhubung isu kapal israel. Mereka sepatutnya belajar terlebih dahulu bagaimana untuk mengenali sesebuah kapal dari negara mana sebelum merakam video dan panggil pemberita datang ke sidang media mereka dan bercakap sampai berbuih mulut. Jangan tipu pemberita hanya semata-mata kerana hendak kejarkan glamor.
Untuk mengetahui sesebuah kapal dari negara mana bukannya perkara susah. Lihat sahaja kapal anda sudah boleh tahu tetapi dengan syarat anda seorang yang tahu ilmu pengetahuan am.
Setiap kapal akan mengibarkan bendera negara dimana kapal tersebut berdaftar sepanjang hayat kapal berkenaan. Jika kapal tersebut didaftarkan di Pelabuhan Klang, maka kapal itu akan mengibarkan bendera Malaysia dan kapal itu adalah kapal Malaysia. Bendera negara berdaftar kebiasaannya akan dikibar di bahagian buritan kapal atau di wheel bridge.
Jika seseorang itu seorang yang lemah pengetahuan amnya dan tidak mengenali bendera negara-negara asing, orang itu boleh pergi ke bahagian buritan kapal dan lihat nama tempat kapal itu didaftarkan. Dalam hal ini terang-terangan kelihatan pendekar-pendekar tempang PKR sangat lemah ilmu pengetahuan amnya sehingga nama tempat pun tak tahu.
Sekarang kami di selangordaily.com akan jelaskan kepada rakyat Malaysia tentang dua kapal berkenaan.
ZIM USA
ZIM USA
Maklumat kapal yang dipetik dari http://www.marinetraffic.com
Dalam maklumat berkenaan dinyatakan flag (bendera) kapal berkenaan adalah Liberia. Ini bermakna kapal itu adalah kapal Liberia dan bukannya kapal Israel seperti yang dikelentong oleh pak pandir-pak pandir jingga 13 kepada sekumpulan pemberita hari ini. Jika kapal itu kapal israel maka benderanya akan dinyatakan bendera israel.
ZIM USA MONROVIA
Gambar atas secara jelas di bahagian buritan kapal menunjukkan kapal Zim USA berdaftar di Monrovia. Untuk pengetahuan pak pandir-pak pandir jingga 13, Monrovia adalah sebuah bandar pelabuhan di Liberia. Setakat ini Monrovia tidak pernah wujud di israel.
Lagi gambar-gambar berkenaan kapal Zim USA boleh dilihat di sini.
ZIM ATLANTIC
ZIM ATLANTIC
Maklumat kapal yang dipetik dari http://www.marinetraffic.com
Dalam maklumat berkenaan dinyatakan flag (bendera) kapal berkenaan adalah Liberia. Ini bermakna kapal itu adalah kapal Liberia dan bukannya kapal Israel seperti yang dikelentong oleh pak pandir-pak pandir jingga 13 kepada sekumpulan pemberita hari ini. Jika kapal itu kapal israel maka benderanya akan dinyatakan bendera israel.
Sama seperti Zim USA ,gambar atas menunjukkan di bahagian buritan kapal menunjukkan kapal Zim Atlantic berdaftar di Monrovia iaitu sebuah bandar pelabuhan di Liberia.
Lagi gambar-gambar berkenaan kapal Zim Atlantic boleh dilihat di sini.
Semuanya telah terjawab. Dengan bukti-bukti yang kami kemukakan, sekarang kami pulangkan kepada rakyat Malaysia untuk menilai siapa yang berbohong ? selangordaily.com atau kumpulan pak pandir jingga 13 ?
Sampai bilakah pemberita-pemberita akan ditipu oleh pendekar-pendekar tempang PKR yang menggunakan maklumat-maklumat palsu hanya semata-mata untuk menunjukkan mereka hero ?

By ;- Selangor Daily. Com


MENGKABANG ;-

MENGKABANG harap pihak yg berkenaan tolonglah tampil bagi kenyataan. Menteri Pengankutan, Menteri MITI, dan mereka yg seangkatan dgn nya tolong la bantu Datuk Najib. Jgn bia Datuk Najib pikul sorang-sorang. Kabinet senyap membisu tentang isu ni. Tolong la menteri-menteri kabinet sekalian..... Jelaskan kpd golongan marhaien yg dahagakan maklumat & pengetahuan tentang isu sebenar. Jgn biar rakyat di momokkan dgn tipu helah pembangkang.

Monday 20 February 2012

Anwar Diserang Di Kluang...

Dalam sidang media, Saifuddin mengatakan bahawa 3,000 penyokong menghadiri ceramah tersebut. Saya agak curiga bagaimana penyokong UMNO boleh berada begitu rapat dengan kenderaan Anwar Ibrahim sehingga boleh mengakibatkan kerosakan tanpa campur tangan para penyokoing yang seramai 3,000 orang tersebut. Berapa ramai sebenarnya samseng UMNO yang menyerang sehingga tidak berlaku "peperangan" di ceramah tersebut.

Saya cuba mendapatkan kepastian daripada beberapa kenalan dalam UMNO. Cuma SMS jawapan dibawah ini diperolehi dari Pegawai Khas, Menteri KDN.

"Maklumat dr bwh - 300 org je yg hadir la, sblh tu ada pasar malam, tmpt tu bt 3 jln mersing, kluang: bukan dlm parlimen sembrong, x de sapa upah + bg arahan pun, anwar + pkr provokasi kuat sgt kot, baling botol tu yg geng2 ni marah kot"



Keadaan kereta Anwar yang telah dibawa balik ke Ibupejabat PKR


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7. Kesan telor busuk yang masih belum dicuci jelas kelihatan


MENGKABANG ;-

Nape la SU Agong PKR ni tak buat laporan polis.. Di yg menyiasat sendiri. De sijil CSI ke Datuk?
Ups....... Lupe, dia dh diclare polis tak buat kerja. Dubia..dunia... Time kene mcm ni, kutuk polis itu ini, nanati, ape2 hal cari polis jugak. MENGKABANG pun tak paham le. Punye la ramai sampai 3,00 penonton ceramah Anwar, tak kan sorang pun tak dapat tangkap mangkuk yg jahanamkan kereta Nuar.. Lg MENGKABANG pelik... Guna toyol kot...


Mungkin kat negeri lain Parti Khianat Rakyat boleh bersenang lenang bagi ceramah di mana-mana.

Tapi bukan di Johor, ianya bukan sahaja tidak membenarkan Parti Khianat Rakyat memberi ceramah.. Bahkan ianya adalah satu kewajipan untuk menghalang pengkhianat, ajen Israel dan Yahudi untuk menyebarkan fitnah kepada bangsa Melayu dan Umat Islam.

Apa yang Anwar buat ialah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh umat Islam seluruh dunia apabila Aljuburi memberi sokongan kepada keselmatan negara Israel.. Tidakkah keselamatan Israel bermakna merampas tanah bangsa Palestin, atau membunuh rakyat Palestin dan merobohkan perumahan Palestin..

Anwar kini ialah musuh umat Islam segajat yang tidak boleh dimaafkan lagi..

Ayuh umat Islam bangkit melawan ajen Yahudi...

Gambar : MSO



 
By ; Aspirasi Bangsa
 
MENGAKABANG ;-
 
Apa yg berlaku di Kluang...?? Sure mereka menuduh Dato Hisyam upah gandster, polis tak buat kerja.. itu je la keje depa.. salah orang semua nampak. salah sendiri...??? walau pun ada permit, tapi dh masuk kawasan orang... kene la terima seadanya. semuanya ketentuan Allah.....
 
 

Statistik Anak Luar Nikah Malaysia 2011

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.
Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.



MENGKABANG ;;



Gila babi banyak.... Siapa yg harus dipersalahkan ? MENGKABANG yakin, semua orang akan menyalahkan KERAJAAN. KERAJAAN yg dipertanggung-jawabkan.. Tapi sebenarnya, didikan ibu bapa yang mencerminkan semuanya.. MENGKABANG harap, semua pihak bertanggungjawab dalam isu ini

Sunday 19 February 2012

10 Artis Malaysia Manis Bertudung

1. Fazura
2. Tiz Zaqyah
3. Fouziah Gous
4. Erra Fazira
5. Neelofa
6. Nora Danish
7. Lisa Surihani
8. Maya Karin
9. Fasha Sandha
10. Dato’ Siti Nurhaliza

MENGKABANG ;-

Semoga satu hari nanti akan terbuka pintu hati mereka untuk terus bertudung, InsyaAllah.
Yang penting niat kena ikhlas, bukan bertudung kerana ikut trend ataupun sekadar
nak dapatkan perhatian media sahaja. Sama-sama kita doakan.