Friday 17 February 2012

Ada Pemimpin Anggap P’buatan Maksiat Hak Asasi

Ada Pemimpin Anggap Perbuatan Maksiat Hak Asasi

KUALA LUMPUR – Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, berkata terdapat pemimpin kerajaan Selangor termasuk daripada PAS sendiri menerima perbuatan maksiat oleh umat Islam sebagai satu cabang hak asasi manusia.

Beliau berkata, dalam tempoh lebih tiga tahun menjadi anggota Exco menjaga hal ehwal Islam kerajaan Selangor, beliau cuba menegakkan Islam melalui peruntukan Enakmen Syariah negeri terhadap orang Islam tetapi mendapat bantahan kuat daripada DAP dan PKR, dua parti yang bersama PAS membentuk kerajaan negeri Selangor.

“Mereka memberi alasan apa yang saya buat bertentangan dengan prinsip hak asasi, kebebasan untuk buat pilihan dan ada yang menyatakan apa salahnya siang sudah teruk bekerja dan biarlah malam dia melakukan sesuatu yang melegakan dengan teman wanita,” katanya ketika ditemu-ramah dalam program bual bicara, Helo Malaysia BernamaTV – BERNAMA


Ulasan MENGKABANG ;-

Kenyataan Dato Hasan Ali membuktikan bahawa terdapat sesetengah pemimpin yang mengamalkan falsafah politik THE MEANS JUSTIFIES THE END.. Dalam mencapai matlamat politik sempit sesetengah pihak yang ingin menpatkan pengaruh mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan mendapat pengaruh dan kuasa.. I
slam adalah AGAMA dan bukan Parti Politik.
Islam itu Melayu itu Raja....

No comments:

Post a Comment