Kehangatkan PRU13 semakin membara sehangat jiwa belia yang sentiasa bergelora dan bersemangat. Sekarang ini, pelbagai ramalan dari pelbagai pihak tentang tarikh & masa PRU13 ini menjelma. Walaupun tempoh mandat rakyat kepada kerajaan memerintah sehingga tahun 2013 namun, ianyanya hangat diperkatakan PRU13 bakal diadakan menjelang pertengahan tahun ini. Apa-apa ramalan, ianya terletak ditangan PM secara mutlak.
Menjelang PRU13 ini, kita pasti tertanya-tanya siapakah yang akan menguasainya? Adakah Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Rakyat (PR)? Penilaian terhadap kedua-dua parti ini dinilai dari pelbagai aspek oleh pemilih-pemilih berdaftar dari belia hingga ke warga emas. Kadang-kadang ada jugak yang menyibuk menilai tapi tak sedar diri sendiri pun belum daftar mengundi! Yang belum daftar tapi dah cukup syarat, jangan buang masa,daftar sekarang. Undi anda adallah untuk masa depan negara. Anda daftar,anda berhak bersuara.
Penilaian prestasi & perkembangan BN & PR dinilai oleh rakyat melalui pelbagai saluran. Tak kira media cetak mahupun media elektronik. Pada PRU13 ini,ada pihak mengatakan ini adalah pilihanraya internet! Masakan tidak?? Tengok sahaja hari ini,berapa banyak saluran di internet digunakan oleh kedua-dua pihak untuk menyebarkan maklumat-maklumat dan ada juga disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah serta pembohongan! Sebagai belia, kematangan & kejernihan pemikiran harus dimanfaatkan sepenuhnya dalam menilai mana maklumat yang boleh dipakai atau dibuang. Kebijaksaan belia dan rakyat dalam hal ini banyak manfaat dalam menentukan undi mereka! bukan undi sahaja tetapi menentukan jalan dan arah mereka membuat keputusan yang betul & tepat pada hari mengundi kelak.
Pelbagai isu-isu yang timbul akhir-akhir ini dan tidak lekang dari kedua-dua belah pihak. Sehinggakan ada isu yang sengaja dibesar-besarkan walhal tidak la seteruk itu tapi diputarbelit oleh sesetangah pihak untuk mengaut keuntungan politik semata-mata. Apabila mereka terjerat pula terjerat dengan kata-kata mereka sendiri,dituduh pula pihak lain yang buat fitnah walhal sudah terang lagi bersuluh kata-kata dan rakyat sendiri sudah menilai tanpa perlu tafsiran dari pihak lain.
Dalam menjelang PRU13 ini, janji-janji akan timbul. Adakah salah parti-parti menyuarakan janji mereka? sudah pasti tidak kerana ini yang rakyat mahukan. Namun, janji macam mana yang rakyat mahukan? adakah janji kosong atau janji bulan dan bintang atau janji yang pasti dilaksanakan? Tuhan sudah memerikan akal yang sempurna buat kita untuk menilai akan hakikat ini. Dalam menabur janji baru, rakyat akan bertanya, adakah janji lama sudah dipenuhi? Kalau belum,adakah kita mesti percaya dengan janji baru? Sekiranya Ya! Anda patut menyerahkan undi anda untuk parti itu.. Kita mahukan sebuah kepimpinan “Walk the Talk”. Pihak manakah? Anda sendiri menilai.
Sehingga hari ini, BN ada pemerintah sedia ada dan juga memerintah negeri-negeri juga. PR pun ada juga diberi peluang oleh rakyat untuk menunjukkan kebolehan mereka. Dengan ‘track record’ sedia ada, pencapaian, keberkesanan, tunai janji dan mengutamakan rakyat pasti dilihat,pihak mana yang berjaya. Sekiranya pemerintahan tidak berjaya dan menyusahkan rakyat, adakah kita masih mahu memberikan mereka peluang? adakah rakyat masih mahu mengundi mereka? sudah pasti tidak… Dulu “Serik Doh Wei” berkumandang di Terengganu.. Sekarang.. “Kami sudah insaf”. . Anda tahu dimana..
Selamat mengundi RAKYAT MALAYSIA.
Buatlah pilihan yang bijak.! Dapatkan maklumat tepat, benar dan sahih..!
Kita tolak fitnah dan pembohongan,usah biarkan diri kita dinodai olehnya.
Daftar pemilih bagi mereka yang belum mendaftar,
ANDA PENENTU MASA DEPAN NEGARA.!
No comments:
Post a Comment