Saturday 14 April 2012

Gambar Demo PTPTN





Atas alasan Malaysia adalah negara terlalu kaya serta mampu memberikan segalanya secara percuma mengikut tafsiran Anwar, maka sekumpulan mahasiswa ini berdemonstrasi menuntut agar hutang mereka dan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

Gerombolan mahasiswa yang diketuai Adam Adli Abdul Halim mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang melalui Jalan Raja Laut menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.

Selain melaungkan slogan "Najib Altantuya", "Mansuh PTPTN" "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah" "Reformasi" dan "Jahanam Najib", Gerombolan berkenaan turut membawa kain rentang yang bertulis 'Free education now!' 'Mahasiswa bukan robot' dan 'Mansuh PTPTN'.

Mungkin selepas ini mereka akan menganjurkan banyak lagi demonstrasi untuk menuntut agar hutang mereka dihapuskan. Mungkin mereka akan turut memintan hutang Mara, JPA, Bank serta tabung pendidikan negeri perlu dihapuskan juga?

Ini budaya baru di Malaysia? mula-mula minta hutang dari kerajaan, lepas itu kata kerajaan zalim dan minta lupuskan hutang mereka.

Bagaimana pula hak rakyat biasa terhadap pendapatan Petronas? jika hanya mahasiswa yang berhak mendapat pembiayaan percuma dari pendapatan Petronas.

Rakyat biasa juga memiliki hutang-hutang yang perlu dibayar, bukan hanya Mahasiswa

No comments:

Post a Comment