Sunday 22 April 2012

Wanted ; Pengundi Hantu


 

Bertahun-tahun pilihanraya diadakan. Pembangkang sentiasa membangkitkan isu 'Pengundi Hantu'.

Dimana sebenarnya 'Pengundi Hantu' itu?
Riktorik lah!
Saksikan penjelasan di dalam video di bawah:



Begini lah kalau sudah dalam keadaan gelabah.
Kali ini parti pembangkang lagi nampak mengelabah.
Bermacam-macam tindakkan cuba dilakukan untuk meraih simpati undi dari rakyat.

Untuk ketahui bagaimana gelabahnya pembangkang,
sila klik tajuk dibawah:

Isu PTPTN : Senjata Makan Tuan



Al-Kisah Taiko PR, Johor dan PRU 13

samseng johor

Lidah rasmi PAS, Harakahdaily yang kerap “kantoi” menipu itu baru-baru ini menyiarkan berita yang kononnya para pemimpin UMNO dan BN resah bila beberapa pemimpin utama Pakatan Haram dikatakan akan bertanding di Johor.

Ahli Parlimen Kubang Kerian di Kelantan, Salahuddin Ayub sebelum ini “dihalau” pulang ke negeri asalnya, Johor. Biasalah, puak-puak Kelantan memang amalkan sifat assabiyyah kenegerian yang tinggi pun. Itu bukan rahsia.
 
Terkini, beberapa “hardcore”DAP pula dikatakan akan dicalonkan di Johor. Antaranya ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Serdang, Teoh Nie Ching dan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan.
Menariknya, Harakahdaily menyifatkan Po Kuan sebagai “Ahli Parlimen yang digeruni di Parlimen”! Anda pernah dengar namanya? Benarkah dia digeruni di Parlimen? Tiba-tiba saja lidah rasmi PAS itu menjulang nama pemimpin kafir harbi itu? Sudah terdesak sangat, kah?
Persoalannya, benarkah UMNO goyah dan resah dengan taktik Pakatan Haram meletakkan pimpinan utama mereka di negeri yang menjadi kubu kuat UMNO-BN itu?
Pada pandangan saya, sekiranya seluruh ‘general-general perang’ Pakatan Rakyat sekali pun bertanding Johor, tidak semestinya mereka semua akan menang bertanding pilihanraya. Jika Allah SWT tidak izinkan, letak siapa pun bertanding di Johor, dia akan tetap kalah juga, kan?
Siapa Salahuddin Ayub di mata orang Johor? Apa jasa Salahuddin pada orang Johor selama mencebur diri dalam bidang politik? Ada dia selalu balik kampungnya dan mengambil tahu tentang keadaan rakyat Johor? Kalau ada pun, hanya sekali dua saja dalam setahun. Itu pun mungkin sebab dia balik kampung sempena Aidilfitri atau Aidiladha…
Ramai penganalisis politik berpendapat tindakan PAS menghalau Salahuddin bertanding di Johor adalah kerana mahu “mencantasnya” dari kepimpinan PAS. Dia sekarang merupakan Naib Presiden PAS yang berpotensi untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar PAS yang akan datang.
 
Justeru itu, timbul desas desus menyatakan bahawa ada beberapa “warlord” PAS yang mahu Salahuddin “dicantas”supaya mereka berpeluang untuk berada di tempat Mat Sabu itu. Khabarnya, Mat Sabu pun sedang mengintai jawatan Presiden parti! Benarkah begitu?
Mengenai Lim Kit Siang, dia dikatakan akan bertanding di Parlimen Kulai yang kini diwakili oleh bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting. Atau mungkin dia akan bertanding di Parlimen Labis yang kini diwakili oleh anak Presiden MCA, Chua Tee Yong.
Bolehkah Kit Siang menang di salah satu kerusi Parlimen tersebut? Sebagaimana kita tahu, Lim Kit Siang pernah tewas di Parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang, pada tahun 1999 (pilihanraya ‘mata lebam’). Dia kalah kepada calon “underdog”, Chia Kwang Chye, di Parlimen yang majoritinya orang Cina!
Dengan sejarah yang melenyapkan bapa Lim Guan Eng itu dari Parlimen untuk sepenggal itu, Kit Siang terpaksa meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP dan diambil alih oleh Karpal Singh. Karpal sendiri pun kalah jugak pada pilihanraya tersebut, tapi tak malu untuk pegang jawatan itu…
Kit Siang kalah bertanding ketika dia berada di puncak parti sebagai Presiden, bolehkah dia menang di Johor pula kali ini? Satu lagi kisah ‘cantas mencantas’ dalam DAP?
Rasanya, tak perlulah saya mengulas mengenai dua lagi Ahli Parlimen DAP, Nie Ching dan Po Kuan. Saya yakin, rakyat Johor pun tak pernah kenal atau dengar nama mereka. Mungkin rakyat Johor lebih kenal penjual sayur di kawasan mereka berbanding nama-nama pemimpin baru DAP itu…
Melihat beberapa fakta di atas, saya pelik bila Harakahdaily sesuka hati mendakwa pemimpin UMNO-BN di Johor resah gelisah dengan ura-ura kepimpinan utama Pakatan Haram itu akan bertanding di Johor pada PRU13 kali ini. Betulkah kita yang resah atau mereka sendiri yang resah?
Mungkin mereka sebenarnya yang resah memikirkan nasib dua orang “general” mereka dan dua orang“muka orang tak kenal” itu bertanding di Johor. Mungkinkah kita tidak akan dapat menyaksikan lagi kelibat Salahuddin Ayub, Kit Siang, Nie Ching dan Po Kuan di Parlimen?
Kalau benar kita tidak akan melihat muka mereka lagi di Parlimen, maka bagus juga. Bukan apa, buat semak mata memandang saja….

Kepimpinan PKR Terkini



 
Dakwaan penghinaan oleh pemimpin-pemimpin PKR terhadap raja-raja Melayu dan pembesar-pembesar negara semasa majlis pertabalan Seri paduka Baginda Yang diPertuan Agong adalah amat memeranjatkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu.
Dakwaan yang dibuat oleh salah seorang tetamu yang hadir pada majlis gilang gemilang dan penuh istiadat Melayu dalam satu artikel yang ditulisnya mengenai insiden yang memalukan itu menyerlahkan sikap sebenar PKR dan pemimpin-pemimpinnya.
Memang benar parti itu ingin membawa politik baru seperti mana yang tercatat dalam manisfesto dan Buku Jingga tetapi seni politik yang ingin di bawanya amat bercanggah sekali dengan budaya dan adat resam rakyat negara ini.
Tidak salah kalau dikatalkan PKR bersama-sama rakannya dalam Pakatan Rakyat sebenarnya adalah anti-raja. PKR sebenarnya ada gabungan daripada Parti Keadilan Nasional (PKN) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Sementara PKN ketika ditubuhkan adalah parti yang lahir dari politik jalanan memperjuangkan nasib dan agenda peribadi Anwar Ibrahim, PRM pula adalah sebuah parti yang cenderung kepada ideologi sosialisme dan pemikirannya adalah berhaluan kiri.
Gerakan berhaluan kiri seperti sosialisme atau ideologi yang lebih ekstrim dalam bentuk komunisme rata-ratanya adalah anti-institusi raja. Semasa zaman darurat melawan ancaman komunis, golongan berhaluankiri bersekongkol dengan musuh negara.
Negara-negara yang dahulunya mempunyai institusi raja seperti India, Indonesia dan terbaru Nepal, semuanya menjadi mangsa kepada gerakan anti-raja yang didalangi oleh fahaman sosialisme dan komunisme. Dalam PKR, fahaman sosialisme yang anti-raja telah meresap ke dalam parti itu melalui PRM.
Sikap kurang ajar PKR terhadap institusi raja adalah disebabkan kehadiran begitu ramai bekas-bekas pemimpin PRM mendapat jawatan tinggi dalam PKR antaranya bekas Timbalan Presiden, Senator Dr Syed Husin Ali, yang meruopakan guru dan juga ideolog Anwar, Sivarasa Rasiah (MP Subang), Tian Chua (MP Batu), Latifah Koya (Pengarah Biro Guaman), N. Surendran (Naib Presiden), Khairul Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Timbalan Ketua AMK), Hishamuddin Rais dan ramai lagi pemimpin parti itu.
Dasar dan halatuju PKR banyak dipengaruhi oleh fahaman sosialisme kerana bekas pemimpin PRM seperti Sivarasa mempunyai peranan besar dalam penggubalan beberapa fasa baru dan pindaan perlembagaan parti itu kira-kira dua tahun lalu.
Sebab itu wujudnya konsep kesamarataan dalam pengagihan kekayaan negara, keadilan sosial, hak beragama serta hak berpolitik. Malangnya perlembagaan PKR telah meminggirkan hak-hak orang Melayu yang terpaksa dikorbankan demi mengambil hati golongan sosialis dalam PKR.
Lihat sahaja penerbitan lidah parti, Suara Keadilan yang masih diterbitkan walau pun tidak mempunyai permit. Dasar dan halatuju akhbar tersebut dikawal ketat oleh tokoh-tokoh sosialis PKR seperti Tian Chua, Dr Syed Husin dan Latifah Koya.
Malah kartunis Zunar yang mengepalai sidang pengarang akhbar itu sememang terkenal dengan sikap sosialisnya begitu juga dengan kebanyakan anggota sidang pengarangnya.
Tema dan bahan-bahan yang disiarkan di dalam akhbar itu yang bersifat kutuk, mengutuk, caci-mencaci, fitnah, tohmah, semuanya mencerminkan pandangan ekstrim kumpulan sosialis yang bersarang di dalam pucuk pimpinan PKR.
Jika dibiarkan budaya sosialis ini berkembang dan merebak melalui penerbitan seperti ini, kemungkinan besar masyarakat juga akan terpengaruh dengan fahaman ekstrim ini.
Malah, sebelum ini beberapa pemimpin PKR seperti ADUN Seri Muda sudah pun dihadapkan di mahkamah kerana menghina Sultan Selangor dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Ini tidak termasuk lagi senarai panjang perbuatan menghina institusi raja yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dalam DAP dan PAS.
Adalah penting rakyat berhati-hati memilih parti seperti ini yang hanya mempergunakan isu untuk meraih undi demi melaksanakan agenda licik mereka.

NIK AZIZ KATA BERSIH 3.0 HARAM DIANJURKAN KERANA LANGGAR JANJI...??


Apa yang kita tahu mengenai Bersih 3.0? Apakah tuntutan mereka?

1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Dan apa yang kita tahu mengenai Bersih 2.0? Apakah tuntutan mereka?

1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Dan inilah antara perkembangan yang terjadi antara jangkamasa Bersih 2.0 iaitu 9 Julai 2011 dan Bersih 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April 2012.
Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh wakil kerajaan dan pembangkang, serta bebas untuk mengkaji mengenai penambahbaikan sistem pilihanraya. Berdasarkan apa yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut dengan merujuk kepada tuntutan Bersih, berikut adalah apa yang diumumkan oleh SPR pada 19 April lalu:

Bersihkan senarai undi - SPR juga bersetuju untuk menguakuatkuasakan undang-undang sedia ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mendaftar sebagai pengundi. SPR setuju untuk membersihkan senarai undi dan menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat yang sama.
Reformasikan Undi Pos - Rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi melalui pos Walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen mengundi di negara-negara luar kerana ia amat sukar dilakukan. Ini kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar mengikut kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika di sini.
Gunakan Dakwat Kekal - Awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat kekal
Akses Media yang Bebas dan Adil - SPR juga bersetuju mengambil langkah memberi akses media secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon bertanding. Semua media perlu berdaftar dengan pegawai di kawasan undian masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh organisasi media yang mereka wakili.
Tempoh Kempen Minima 21 Hari - Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersetuju menambah tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari.

Jelas, 5 dari tuntutan nyata Bersih telah pun diberi perhatian Sementara, tuntutan bersifat umum iaitu 6. Kukuhkan Institusi Awam, 7. Hentikan Rasuah dan 8. Hentikan Politik Kotor telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dari dahulu hingga sekarang. Dengan transformasi yang dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini dapat dilihat sendiri melalui maklumbalas rakyat.
Kesungguhan kerajaan menangani rasuah sudah pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen, kastam malah pemimpin politik sendiri, disiasat dan ditangkap. Semuanya berjalan dengan lancar dan professional. Hanya apabila kes melibatkan pemimpin pemimpin pembangkang sahaja maka siasatan mengalami gangguan, contohnya kes penyalahgunaan wang negeri oleh pemimpin DAP yang membawa kepada kematian saksi penting SPRM.
Dari satu segi atau dari segenap segi, Bersih itu sendiri adalah lahir dari politik kotor, maka bagaimana pula Bersih ingin menuntut agar politik kotor dihentikan? Bersih didalangi pembangkang dan dibiayai oleh NDI iaitu agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan kerajaan yang sah. Ini diakui sendiri oleh Ambiga Sreevanesan, Pengerusi Bersih 2.0.
Jika ini tidak benar, apa gunanya menuntut kempen 21 hari yang menjadi punca tragedi 13 Mei 1969? Tidak lain tidak bukan, Bersih ingin sangat mengulangi tragedi itu, kalaupun tidak sekadar mencetus huru-hara. Untuk pengetahuan semua, mencetus huru-hara adalah strategi penting dalam menjatuhkan kerajaan sepertimana yang diajar oleh NDI kepada mereka.
Dengan kesemua tuntutan Bersih telah pun didengari, diberi perhatian, dipersetujui dan diambil tindakan sewajarnya, apa perlunya lagi berdemonstrasi pada 28 April ini?
Kini sudah terang lagi bersuluh bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan kekecohan dan huru-hara dalam negara. Selain itu, Bersih juga perlu bagi pembangkang sebagai alasan untuk menolak keputusan pilihanraya sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU yang akan datang.
Kita pasti, walaupun senarai undi benar-benar bersih dan negara benar-benar sifar rasuah sekali pun, Bersih tetap akan menafikan dan mencari alasan untuk mengadakan demonstrasi. Dan percayalah, jika mereka masih tidak berjaya menjatuhkan kerajaan, kita bakal menyaksikan Bersih 4.0, 5.0 dan seterusnya dengan senarai tuntutan yang sama seperti 2.0 dan 3.0 di atas.
Kerana bagi mereka, hanya apabila pembangkang menang walaupun dengan majoriti rakyat TIDAK mengundi mereka, maka pilihanraya itu akan diiktiraf sebagai bersih. - My News Hub

Friday 20 April 2012

PTPTN Wajib Bayar Balik - Mufti Pahang

BENTONG - Hukumnya haram jika tidak membayar pinjaman termasuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman.
 
Beliau berkata, mengikut Islam, hukum bagi orang yang meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana institusi adalah wajib membayarnya.
 
"Haram hukumnya mengikut Islam dan telah berlaku kezaliman jika gagal membayar balik wang pinjaman," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Falak Syarie di Janda Baik dekat sini, hari ini.
 
Katanya, peminjam wajib membayar balik pinjaman sepertimana terkandung dalam kontrak perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani dan dipersetujui kedua-dua belah pihak. – Bernama

Azlina Mengulas Isu Pengerang

Malik Kassim setuju letak jawatan YDP MAIPP - Mansor Othman

Timbalan Ketua Menteri P.Pinang, Dato Mansor Othman memberitahu media bahawa YB Salleh Man mempengerusikan mesyuarat MAIPP kerana Malik Kassim telah bersetuju untuk menarik diri daripada menerima perkenan perlantikan itu.

Malik juga telah bersetuju dengan pendirian Pengerusi Parti Keadilan Negeri tersebut.

Manakala, Salleh ketika dihubungi berkata, mesyuarat semalam tidak perlu dipertikaikan kerana ia turut dihadiri oleh Penasihat Undang-undang Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Mufti negeri, Datuk Seri Hassan Ahmad tidak hadir kerana berada di luar negara.

"Jika tidak sah, sudah tentu penasihat Undang-undang negeri akan membuat teguran, sesuai dengan kedudukannya," kata Salleh.

Salleh berkata, mesyuarat berjalan lancar dan semua yang hadir istiqamah dengan usaha untuk terus memajukan MAIPP dan membina kekuatan umat Islam di Pulau Pinang, khususnya.

"Saya menyeru semua pihak untuk sama-sama memberi input positif bagi melaksanakan kerjabuat demi Islam, muslimin dan muslimat daripada bertelagah mencari kekurangan dan kedhaifan yang akhirnya merugikan .

"Ingatlah bahawa MAIPP bukanlah sebuah badan politik tetapi sebuah agensi agama Islam yang dibina khusus untuk memelihara kepentingan Islam dan umatnya secara menyeluruh," kata Salleh.

"Saya hanya ingin melaksanakan amanah yang dipertanggungjawab pada saya dengan sebaik mungkin. Saya akan berusaha memperbaiki kelemahan (jika ada) agar MAIPP terus mencatat kecemerlangan," tegas Salleh.

Sebelum ini, perlantikan YDP MAIPP menjadi kecoh apabila PAS menuntut janji yang dilafazkan oleh Anwar Ibrahim yang mahukan Salleh Man menjawat jawatan tersebut.

Manakala, kerajaan negeri DAP pula menghantar nama Exco agama, Malik Kassim dari PKR sebagai calon tunggal YDP MAIPP kepada DYMM Agong

Keadilan Selangor..



PKR Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali kini dikatakan sedang mengalami kemelut yang amat teruk dan boleh dikatakan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.Faktor utama ialah kegagalan beliau mengurus dan menggerakkan jentera parti di peringkat akar umbi.Keadaan lebih parah lagi bagi Azmin selaku bos PKR di Selangor apabila beliau dilihat gagal membuktikan kemampuannya untuk mempertahan serta mengekalkan kuasa politik Pakatan Haram di negeri itu.ini yang sebenarnya berlaku,kelmarin Anwar Ibrahim kata Selangor parah dan macam-macam alasan yang di beri kononnya tidak mahu Selangor bersama PRU 13.saya akan ceritakan apa yang berlaku sebenarnya.

Melihat kepada situasi yang hambar di hampir kesemua cabang dan ranting PKR di Selangor,boleh dikatakan agak sukar parti itu bersama-sama PAS dan DAP untuk mendapat peluang bagi kali kedua memerintah negeri terkaya di Malaysia itu.Rasa hampa yang amat mendalam ini tercermin daripada luahan dan keluhan Ketua Wanita Pusat sendiri,Zuraida Kamarudin A.K.A Mak Lampir Selangor di dalam laman facebooknya apabila merungut ramai ahli-ahli PKR sudah meninggalkan parti itu.Ini berikutan kelemahan kepimpinan Azmin dan kegagalan beliau merapatkan dan memperbaiki hubungan dengan seteru politiknya yang juga Menteri Besar,Khalid Gagap.Persengketaan di antara kedua-dua pemimpin PKR itu bukan rahsia lagi di kalangan ahli-ahli parti.

Khalid Gagap merasa kuasa beliau telah dipinggirkan apabila Ketua Umum,Anwar Ibrahim menyingkir beliau untuk digantikkan dengan kroni dan orang kuatnya,Azmin sejak dua tahun lalu.Akibat daripada tindakan Anwar tersebut Khalid Gagap dan Azmin tidak lagi sebulu dan sering bertelagah.Sebagai membalas dendam terhadap dasar politik kotor Anwar yang mengamalkan dasar pecah dan perintah,Khalid Gagap mensabotaj kebanyakan daripada program PKR di Selangor dengan menyekat dana dan bantuan kewangan melalui saluran kerajaan negeri.masih ingat lagi posting lama saya dulu ??? saya beritahu anda Khalid Gagap sabotaj satu Program di satu majlis ??? semua ini ada yang tidak diberitahu oleh media dan ada juga yang di beritahu.kalau media tahu hubungan mereka berdua ni,alamtnya hancur program Khalid Gagap.

Azmin pula bersikap pilih bulu dengan hanya mengutamakan cabang-cabang yang dipimpin oleh kroni-kroninya sahaja.Aktiviti dan program PKR hanya ditumpukan di beberapa kawasan seperti Batu Caves,Gombak dan Seri Muda sahaja manakala kawasan-kawasan lain diabaikan.kalau anda tidak percaya cuba anda ikuti program Azmin Ali.padahal beliau kena jaga selangor.kenapa beberapa kawasan jer ??? Faktor inilah yang menyebabkan ramai ahli-ahli PKR Selangor sudah tawar hati dan membuat keputusan untuk meninggalkan parti itu.

Bagi mereka PKR telah menipu mereka dengan propaganda imej sebagai 'parti harapan baru' tetapi hakikatnya hanya pemimpin atasan sahaja ang mengaut segala keuntungan dan menikmati hidup yang mewah atas pengorbanan ahli-ahli peringkat bawahan.Program-program PKR tidak lagi mendapat sambutan hangat seperti dua atau tiga tahun lalu.Jika dahulu ceramah-ceramah anjuran PKR di Selangor yang dihadiri Anwar mampu menarik lebih 5,000 hadirin tetapi sekarang hendak mencapai jumlah 1,000 ke 2,000 pun amat sukar.sekiranya anda tidak percaya cuba pergi ceramah anjuran PKR.Itu pun disebabkan kehadiran beberapa tokoh popular PAS, bolehlah PKR 'tumpang sekaki' untuk mendapat jumlah pendengar yang lebih besar.Jika di tolak faktor penceramah dari PAS,PKR berjaya menarik hati sekitar beberapa orang sahaja.

Kemelut yang melanda PKR Selangor dijangka akan bertambah teruk menjelang pilihan raya umum kerana Azmin hanya menumpukan perhatian kepada kawasan Parlimen dan DUN nya sahaja termasuk beberapa kawasan kroninya.Kawasan lain termasuk Ijok,kawasan DUN Menteri Besar dibiarkan untuk mencari dana sendiri menggerakkan jentera pilihan raya seperti artikel saya sebelum ini,janji yang di tabur hanya tinggal janji tapi tempat sendiri tidak di jaga.Melihat kepada kelemahan ketara dan faktor penerimaan rakyat Selangor yang semakin melonjak terhadap barisan Nasional,secara keseluruhannya PRU-13 nanti bakal menjadi badai yang akan menenggelamkan kapal Pakatan Haram dan selangor bakal jatuh ke tangan UMNO Dan Barisan Nasional.Insya Allah...

RENUNG-RENUNGKAN

Tok Sidang Melaka Marah

Sidang-sidang Melaka hari semalam meluahkan rasa kesal ke atas penghinaan yang dibuiat oleh ahli politik Pakatan rakyat di majlis pertabakan Yang Dipertuan AGong baru-baru ini.

Dihadpaan Balairaya Peringgit, Melaka, 50 orang berpiket dari pukul 3 hingga 3:30 petang semalam.












Sidang-sidang Melaka hari semalam meluahkan rasa kesal ke atas penghinaan yang dibuiat oleh ahli politik Pakatan rakyat di majlis pertabakan Yang Dipertuan AGong baru-baru ini.

Dihadpaan Balairaya Peringgit, Melaka, 50 orang berpiket dari pukul 3 hingga 3:30 petang semalam.











Saturday 14 April 2012

Anwar Dulu, Anwar Sekarang..

Mereka Kata Demo PTPTN Bebas.. Ini Apa..???

Anak Papa ikut berdemo? Belum setel hutang PTPTN ke?


YB Tian Chua, moderator gerakan mahasiswa kiri DEMA dan PBT turut serta berdemo.
Tiap kali mahasiswa berdemo, mukanya pasti ada.


Hishamuddin Rais, sang kultus sosialis mahasiswa dan pencetus idea pendidikan percuma
di Malaysia. Katanya, tak kahwin sebab anti-wanita. Betulkah? Nanti kita ceritakan.


Pak cik ini juga peminjam PTPTN?


Bilangan anak cina boleh dikira. Sebab? Kerana majoriti mereka skor kelas pertama
dan tak perlu bayar balik pinjaman. Yang ini mungkin gagal sebab tu
ikut berdemo.