Dakwaan penghinaan oleh pemimpin-pemimpin PKR
terhadap raja-raja Melayu dan pembesar-pembesar negara semasa majlis pertabalan
Seri paduka Baginda Yang diPertuan Agong adalah amat memeranjatkan rakyat
Malaysia terutamanya orang Melayu.
Dakwaan yang dibuat oleh salah seorang tetamu
yang hadir pada majlis gilang gemilang dan penuh istiadat Melayu dalam satu
artikel yang ditulisnya mengenai insiden yang memalukan itu menyerlahkan sikap
sebenar PKR dan pemimpin-pemimpinnya.
Memang benar parti itu ingin membawa politik
baru seperti mana yang tercatat dalam manisfesto dan Buku Jingga tetapi seni
politik yang ingin di bawanya amat bercanggah sekali dengan budaya dan adat
resam rakyat negara ini.
Tidak salah kalau dikatalkan PKR bersama-sama
rakannya dalam Pakatan Rakyat sebenarnya adalah anti-raja. PKR sebenarnya ada gabungan daripada Parti
Keadilan Nasional (PKN) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Sementara PKN ketika ditubuhkan adalah parti
yang lahir dari politik jalanan memperjuangkan nasib dan agenda peribadi Anwar
Ibrahim, PRM pula adalah sebuah parti yang cenderung kepada ideologi sosialisme
dan pemikirannya adalah berhaluan kiri.
Gerakan berhaluan kiri seperti sosialisme atau
ideologi yang lebih ekstrim dalam bentuk komunisme rata-ratanya adalah
anti-institusi raja. Semasa zaman darurat melawan ancaman komunis,
golongan berhaluankiri bersekongkol dengan musuh negara.
Negara-negara yang dahulunya mempunyai institusi
raja seperti India, Indonesia dan terbaru Nepal, semuanya menjadi mangsa kepada
gerakan anti-raja yang didalangi oleh fahaman sosialisme dan komunisme. Dalam PKR, fahaman sosialisme yang anti-raja
telah meresap ke dalam parti itu melalui PRM.
Sikap kurang ajar PKR terhadap institusi raja
adalah disebabkan kehadiran begitu ramai bekas-bekas pemimpin PRM mendapat
jawatan tinggi dalam PKR antaranya bekas Timbalan Presiden, Senator Dr Syed
Husin Ali, yang meruopakan guru dan juga ideolog Anwar, Sivarasa Rasiah (MP
Subang), Tian Chua (MP Batu), Latifah Koya (Pengarah Biro Guaman), N. Surendran
(Naib Presiden), Khairul Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Timbalan Ketua AMK),
Hishamuddin Rais dan ramai lagi pemimpin parti itu.
Dasar dan halatuju PKR banyak dipengaruhi oleh
fahaman sosialisme kerana bekas pemimpin PRM seperti Sivarasa mempunyai peranan
besar dalam penggubalan beberapa fasa baru dan pindaan perlembagaan parti itu
kira-kira dua tahun lalu.
Sebab itu wujudnya konsep kesamarataan dalam
pengagihan kekayaan negara, keadilan sosial, hak beragama serta hak berpolitik.
Malangnya perlembagaan PKR telah meminggirkan
hak-hak orang Melayu yang terpaksa dikorbankan demi mengambil hati golongan
sosialis dalam PKR.
Lihat sahaja penerbitan lidah parti, Suara
Keadilan yang masih diterbitkan walau pun tidak mempunyai permit. Dasar dan halatuju akhbar tersebut dikawal ketat
oleh tokoh-tokoh sosialis PKR seperti Tian Chua, Dr Syed Husin dan Latifah Koya.
Malah kartunis Zunar yang mengepalai sidang
pengarang akhbar itu sememang terkenal dengan sikap sosialisnya begitu juga
dengan kebanyakan anggota sidang pengarangnya.
Tema dan bahan-bahan yang disiarkan di dalam
akhbar itu yang bersifat kutuk, mengutuk, caci-mencaci, fitnah, tohmah, semuanya
mencerminkan pandangan ekstrim kumpulan sosialis yang bersarang di dalam pucuk
pimpinan PKR.
Jika dibiarkan budaya sosialis ini berkembang
dan merebak melalui penerbitan seperti ini, kemungkinan besar masyarakat juga
akan terpengaruh dengan fahaman ekstrim ini.
Malah, sebelum ini beberapa pemimpin PKR seperti
ADUN Seri Muda sudah pun dihadapkan di mahkamah kerana menghina Sultan Selangor
dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Ini tidak termasuk lagi senarai panjang
perbuatan menghina institusi raja yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat
yang lain dalam DAP dan PAS.
Adalah penting rakyat berhati-hati memilih parti
seperti ini yang hanya mempergunakan isu untuk meraih undi demi melaksanakan
agenda licik mereka.
No comments:
Post a Comment