Lidah rasmi PAS, Harakahdaily
yang kerap “kantoi” menipu itu baru-baru ini menyiarkan berita yang kononnya
para pemimpin UMNO dan BN resah bila beberapa pemimpin utama Pakatan Haram
dikatakan akan bertanding di Johor.
Ahli Parlimen Kubang Kerian di
Kelantan, Salahuddin Ayub sebelum ini “dihalau” pulang ke negeri asalnya, Johor.
Biasalah, puak-puak Kelantan memang amalkan sifat assabiyyah kenegerian yang
tinggi pun. Itu bukan rahsia.
Terkini, beberapa “hardcore”DAP
pula dikatakan akan dicalonkan di Johor. Antaranya ialah Ahli Parlimen Ipoh
Timur, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Serdang, Teoh Nie Ching dan Ahli Parlimen
Batu Gajah, Fong Po Kuan.
Menariknya, Harakahdaily
menyifatkan Po Kuan sebagai “Ahli Parlimen yang digeruni di Parlimen”! Anda
pernah dengar namanya? Benarkah dia digeruni di Parlimen? Tiba-tiba saja lidah
rasmi PAS itu menjulang nama pemimpin kafir harbi itu? Sudah terdesak sangat,
kah?
Persoalannya, benarkah UMNO goyah
dan resah dengan taktik Pakatan Haram meletakkan pimpinan utama mereka di negeri
yang menjadi kubu kuat UMNO-BN itu?
Pada pandangan saya, sekiranya
seluruh ‘general-general perang’ Pakatan Rakyat sekali pun bertanding Johor,
tidak semestinya mereka semua akan menang bertanding pilihanraya. Jika Allah SWT
tidak izinkan, letak siapa pun bertanding di Johor, dia akan tetap kalah juga,
kan?
Siapa Salahuddin Ayub di mata
orang Johor? Apa jasa Salahuddin pada orang Johor selama mencebur diri dalam
bidang politik? Ada dia selalu balik kampungnya dan mengambil tahu tentang
keadaan rakyat Johor? Kalau ada pun, hanya sekali dua saja dalam setahun. Itu
pun mungkin sebab dia balik kampung sempena Aidilfitri atau
Aidiladha…
Ramai penganalisis politik
berpendapat tindakan PAS menghalau Salahuddin bertanding di Johor adalah kerana
mahu “mencantasnya” dari kepimpinan PAS. Dia sekarang merupakan Naib Presiden
PAS yang berpotensi untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar
PAS yang akan datang.
Justeru itu, timbul desas desus
menyatakan bahawa ada beberapa “warlord” PAS yang mahu Salahuddin
“dicantas”supaya mereka berpeluang untuk berada di tempat Mat Sabu itu.
Khabarnya, Mat Sabu pun sedang mengintai jawatan Presiden parti! Benarkah
begitu?
Mengenai Lim Kit Siang, dia
dikatakan akan bertanding di Parlimen Kulai yang kini diwakili oleh bekas
Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting. Atau mungkin dia akan bertanding di
Parlimen Labis yang kini diwakili oleh anak Presiden MCA, Chua Tee
Yong.
Bolehkah Kit Siang menang di
salah satu kerusi Parlimen tersebut? Sebagaimana kita tahu, Lim Kit Siang pernah
tewas di Parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang, pada tahun 1999 (pilihanraya
‘mata lebam’). Dia kalah kepada calon “underdog”, Chia Kwang Chye, di Parlimen
yang majoritinya orang Cina!
Dengan sejarah yang melenyapkan
bapa Lim Guan Eng itu dari Parlimen untuk sepenggal itu, Kit Siang terpaksa
meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP dan diambil alih oleh Karpal Singh. Karpal
sendiri pun kalah jugak pada pilihanraya tersebut, tapi tak malu untuk pegang
jawatan itu…
Kit Siang kalah bertanding ketika
dia berada di puncak parti sebagai Presiden, bolehkah dia menang di Johor pula
kali ini? Satu lagi kisah ‘cantas mencantas’ dalam DAP?
Rasanya, tak perlulah saya
mengulas mengenai dua lagi Ahli Parlimen DAP, Nie Ching dan Po Kuan. Saya yakin,
rakyat Johor pun tak pernah kenal atau dengar nama mereka. Mungkin rakyat Johor
lebih kenal penjual sayur di kawasan mereka berbanding nama-nama pemimpin baru
DAP itu…
Melihat beberapa fakta di atas,
saya pelik bila Harakahdaily sesuka hati mendakwa pemimpin UMNO-BN di Johor
resah gelisah dengan ura-ura kepimpinan utama Pakatan Haram itu akan bertanding
di Johor pada PRU13 kali ini. Betulkah kita yang resah atau mereka sendiri yang
resah?
Mungkin mereka sebenarnya yang
resah memikirkan nasib dua orang “general” mereka dan dua orang“muka orang tak
kenal” itu bertanding di Johor. Mungkinkah kita tidak akan dapat menyaksikan
lagi kelibat Salahuddin Ayub, Kit Siang, Nie Ching dan Po Kuan di
Parlimen?
Kalau benar kita tidak akan
melihat muka mereka lagi di Parlimen, maka bagus juga. Bukan apa, buat semak
mata memandang saja….
No comments:
Post a Comment