Sambil menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya Felda akan mengalami defisit pendapatan apabila FGVH diapungkan, Ahmad menegaskan bahawa ia tidak akan berlaku sebaliknya Felda akan tetap meraih pendapatan melalui pelaksanaan strategi yang dirangka.
"Sebelum penyenaraian, kita telah teliti strategi mekanisme untuk pastikan Felda akan dapat pendapatan,” katanya dalam sidang media sebelum menghadiri program Wacana Minda Angkatan Prihatin Terengganu, di sini semalam.
Menurut beliau, antara kaedah yang dipertimbangkan untuk mendapatkan pendapatan RM1.5 bilion itu ialah melalui pajakan tanah kepada FGVH, yang boleh disifatkan keuntungan bersama kepada Felda dan FGVH.
"Selain itu Felda akan mendapat keuntungan cukup besar dari segi hasil pengapungan (di Bursa Malaysia), faedah itu jika dilaburkan setiap tahun akan mendapat hasil hampir setengah bilion ringgit kepada Felda,” katanya.
Sumber ; Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment